Sunday, October 14, 2012

Melakukan kebaikan yang sebenar

Maksud Al Quran kebaikan yang sebenar; Surah Al Baqarah, Ayat [177]
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa".

Penjelasan:

1. Ayat ini diturunkan di Madinah waktu Allah memerintahkan orang Islan supaya mengadap muka waktu mereka solat ke arah Kaabah di Mekah.

2. Sahabat bertanyakan Rasulullah mengenai keimanan dan kebaikan sebenarnya, Waktu itu turunnlah ayat di atas yang menjelaskan tentang keprcayaan seperti yang disebutkan iaitu:

         1. Percaya kepada Allah
         2. Percaya kepada hari akhirat.
         3. Percaya kepada Kitab
         4. Percaya kepada Nabi-nabi

Kebaikan juga meliputi mengeluarkan harta yang menjadi kesayangannya  kepada orang ini:

          1. kepada kaum kerabat
          2. Kepada anak-anak Yatim
          3. Kepada orang keputusan perbelanjaan
          4. kepada hamba yang hendak memerdekakan diri

Di samping itu kebaikan juga adalah melakukan perkara berikut:

         1. Mengerjakan solat
         2. mengeluarkan zakat
         3. Menunaikan janji apabila berjanji dengan orang lain
         4. Bersabar di waktu kesusahan.

Ayat ini menjelaskan bahawa Islam mementingkan amalan hidup di dunia dan akhirat.Sifat-sifat suka berinfak, melakukan kebajikan sesama manusia akan menjamin kebaikan kita di dunia dan di akhirat.Sifat-sifat in menjadikan seorang muslim dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Secara ringkasnya kebaikan itu apatlah dirangkumkan sebagai melakukan perkara-perkara yang berunsurkan keimanan kepada Allah, mengerjakan ibadat yang ditentukan oleh Allah dan melakukan kebajikan sesama manusia.Seorang Islam bertanggungjawab melakukan ibadat kepada Allah dan melakukan kebaikan  kepada manusia. Dalam melaksanakan tanggungjawb kita dijkehendaki supaya bersabar dan sanggup menghadapi kesusahan dan ujian.

Wallahu a'lam.




Friday, October 5, 2012

Pentingnyamenjaga kesihatan diri


Kita  buka sahaja perlu menjaga makanan ynag diambil, menjaga otak dan rohani tapi juga menjaga kesihatan fizikal dari serangan penyakit yang boleh menyeranga anggota tubuh badan kita.

Ikuti apa pendapat kajian pihak kementerian Kesihatan mengenai kecuaian rakyat Malaysia mengambilo berat mnegnai kesihatn mereka.



75 peratus rakyat Malaysia tidak bersenam - Rosnah Abdul Rashid

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh "dalam diam" seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.
"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.

“Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini.
Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasa berumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.
Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota masyarakat sendiri.
"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121005/dn_27/75-peratus-rakyat-Malaysia-tidak-bersenam---Rosnah-Abdul-Rashid#ixzz28QrL4lKs
© Utusan Melayu (M) Bhd