Saturday, June 30, 2012


Sabtu, 30 Jun 2012/


SEKOLAH JAMA’ATUL QURAN


1. Sekolah Jama’atul Quran diasaskan oleh Cik Gu Haji Abu Samah pada 9 Jun 2012 , sebagai sebuah sekolah yang tidak bermatlamatkan keuntungan dan memberikan pengajaran percuma kepada pelajar-pelajarnya. Pada masa ini sekolah ini menggunakan kemudahan bangunan bilik darjah di Pusat Tuisyen Azam Baru, di Mutiara Gobak, Km 11, Jalan Gombak, Gombak dengan 9 orang pelajar perintis.

2. Penubuhan sekolah ini bertujuan memberikan peluang dan kemudahan kepada pelajar dan orang dewasa mempelajari Al Quran dan juga fardhu ain tanpa dikenakan sebarang yuran.

3. Sekolah ini mempunyai 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang.

3.1. Sesi pagi untuk orang dewasa : 8.30-9.30, 9.45-10.45 (Isnin hingga Sabtu)
3.2. Sesi petang/ untuk murid-murid : 5.00-6.00. 6.00-7.00 (Isnin hingga Jumaat)

4. Oleh kerana pihak sekolah tidak mengenakan sebarang yuran kepada pelajarnya, bagi menampung kos kemudahan bilik darjah dan sagu hati kepada guru yang bertugas, pihak sekolah ini dengan tangan yang terbuka mempelawa sesiapa sahaja untuk menderma dengan ikhlas bagi membantu usaha berdakwah secara bersma /bergotong royong bagi melancarkan perjalanan dan akitiviti sekolah ini .

5. Sebarang pertanyaan untuk pendaftran masuk pelajar dan sumbangan derma ikhlas boleh memasukan sumbangan ikhlas dan menghubungi talian di bawah ini:


Cik Gu Abu Samah: 016275 9986/03-6187 9986
Akaun Maybank: 1642 2135 5740
 ·  ·  · 2 minutes ago · 

Friday, June 29, 2012

Jumaat, 29 Jun 2012/9 Syaaban 1422.


Thursday, June 28, 2012

Sekolah Jama'atul Quran

28 Jun 2012/ 8 Syaaban 1433

SEKOLAH JAMA’ATUL QURAN .

1. Alamat rasmi Sekolah: Sekolah Jama’atul Quran ialah: No 17, Jalan 12, Taman Batu, Greenwood, 68100 Batu, Batu Caves, Selangor. 

2. Sekolah Jama’atul Quran ini mula ditubuhkan pada 5 Jun 2012. Pada masa ini Sekolah ini menggunakan kemudahan di Pusat Tuisyen Azam Baru di Mutiara Gombak, Km 11 Jalan Gombak, Gombak dengan seramai 9 orang kanak-kanak sekolah sebagai permulaan. Sekolah Jama’atul Quran ini juga akan menggabungkan dengan ilmu fardhu ‘ain kepada para pelajarnya.

3. Sekolah Jama’tul Quran ini bertujuan memberi peluang untuk orang ramai khususnya kanak-kanak yang berdaftar sebagai pelajar di Pusat Tuisyen Azam Baru dan orang dewasa (lelaki sahaja) yang bercadang mengikuti kelas membaca dan mempelajari Al Quran di Sekolah ini.

4. Sekolah Jama’atul Quran ini memberikan pengajaran ini dengan secara percuma iaitu tanpa dikenakan apa-apa bayarn atau yuran. Oleh kerana tempat terhad “siapa cepat dia dapat”

5. Pendaftaran pelajar bagi orang dewsa kini dibuka untuk memulakan pengajian sebagimana mengikut jadual seperti di bawah. Buat masa ini hanya pelajar lelaki dewasa sahaja dapat diterima. Pelajar perempuan dewasa akan dibuka apabila terdapat guru wanita yang boleh mengajar.
6. Waktu Belajar. Sesi pagi:
Isnin :8.30- 9.30 , 9.45-10.45
Rabu :8.30-9.30, 9.45-10.45
Jumaat :8.30-9.30, 9.45-10.45
Sabtu : 8.30-9.30 , 9.45 -10.45
Sesi petang.
Isnin 5.00 - 6.00 6.-00 - 7.00
Selasa 5.00 - 6.00 6.00 - 7.00
Rabu 5.00 - 6.00 6.00 -7.00
Khamis 5.00 - 6.00 6.00 -7.00
Jumaat 5.00 -6.00 6.00 -7.00

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi pihak Pengurus/Guru Besar untuk mendapatkan waktu yang sesuai untuk menghadiri kelas tersebut sebagaimana jadual waktu yang disediakan. Semua guru yang mengajar adalah guru yang bertauliah yang dikeluarkan oleh MAIS. Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila hubungi:

Cg. Hj. Abu Samah: 016 278 9986/03 6157 9986
Pengurus/Guru Besar,

Berebut-rebut nak jadi pemimpin, salah langkah terjunam ke Neraka

Khamis. 29 Jun 2012/8 Syaaban 1433


Dari Abu Ya'la iaitu Ma'qil bin Yasar r.a, katanya:"Saya mendengar Rasululllah saw brsabda:

"Tiada seorang hambamu yang diserahi oleh Allah untuk menggembala suatu penggembalaan, yakni memimpin sesuatu ummat atau bangsa, lalu ia mati pada hari kematiannya, sedang di kala itu ia dalam keadaan menipu pada penggembalaannya , melainkan Allah mengharamkan padanya untuk masuk syurga"

                                                -(Muttatafaq 'alaih)



    • Tidak hairan jikalau ada juga di kalangan manusia berebut-rebut jawatan untuk menjadi pemimpin dengan apa cara -  halal atau haram untuk mendapatkan kuasa, sedangkan mereka tidak mempunyai kelayakan dan tidak mampu melaksanakan tugas-tugas yang berat sebagai  seorang pemimpin sebagimana yang dipertanggungjawabkan.

      Mereka ini sebenarnya hanya mementingkan diri, perasaan ego,sombong serta hasad sesama sendiri untuk mengaut kekayaan dunia yang hanya sementara dan lalai dengan tujuan kehidupan yang lebih kekal di akhirat , dengan tidak mampu menjalankan tanggungjawab, tidak amanah dan melakukan penipuan terhadap mereka yang dipimpin. Mereka ini sebenarnya berlumba-lumba untuk terjerumus ke dalam neraka Allah...

      Dalam satu hadis yang lain yang biasa kita dengar iaitu hadis yang bermaksud:

      Setiap orang itu pemimpin dan akan disoal perihal kepimpinannya, sama ada pemimpin, suami, isteri, atau pun pekerja kepada majikannya.................

      Semoga Allah memberikan keinsafan dan mereka tidak menganiaya diri mereka sendiri akhirnya. Sebaik-baiknya insaflah dan bertaubat sebelum terlewat!


    •  Sambungan kepada terjemahan hadis di atas:

      Dalam riwayat Imam Muslim juga disebutkan:

      "Tiada seorang Amir/pemimpn, yang menguasai urusan pemerintahan kaum Muslimin, kumudian tidak bersungguh-sungguh memberikan kemanafaatan kepada mereka, juga tidak memberikan nasihat pada mereka, yakni mengusahakan mana-mana yang baik dan menolak mana-mana yang tidak baik, melainkan pemimpin itu tidak akan masuk syurga beserta mereka yang dipimpinnya itu".


Wednesday, June 27, 2012

Ganjaran meningfakkan harta ke jalan Allah

Rabu 26, Jun 2012/6 Syaaban 1433.



Firman Allah swt dalam ayat 261, surah al-Baqarah yang antara lain bermaksud: 


"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) adalah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji"

Antara pengajarannya:

1. Kita tidak perlu rasa kehilangan atau rugi untuk menginfak seperti memberi sedeqah, derma atau mewaqfkan harta kita sama ada dalam bentuk benda dan wang ringgit. Ganjajran yang ddijanjikan di sisi Allah jauh berlipat ganda dari apa yang mungkin sangat sedikit yang dapat kita berikan asalkan dengan niat kerana Allah.

Monday, June 25, 2012

Merancang dan berusaha untuk akhirat yang pasti dan kekal abadi


Dalam suatu ceramah yang saya pernah hadiri seorang Ustaz saya berdakawah dengan mengatakan bahawa manusia ini berlumba-lumba merancanag mengejar kekayaannya, kebesaran dan kemewahan kehidupan duniawi yang tidak pasti dan tidak kekal ini.

Sayangnya mereka tidak merancanag berusaha untuk persediaan menghadapi akhirat yang memberi ganjaran yang lebih besar, yang pasti akan tiba akan berkekekalan buat selama-lamanya.

Apakah yang dapat kita pelajari dari kenyataan beliau ini?

1. Hanya dengan mempelajari dan mempelajari ilmu Agama sahajalah, kita akan dapat menginsafi tentang peranan dan tanggungjawab kita utnuk beribadat kepada Allah dan menjadikan dunia ini sebagai jambatan untuk meraih kehidupan akhirat yang lebih abadi.

2. Berpada-padalah dengan kehidupan di dunia sekadar untuk dapat kita melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah yang menjadi bekalan kehidupan di akhirat.

3. Sepatutnya kita tidak terpengaruh dengan nafsu yang mengejar keduniaan (hubbud dunia) yang fana dengan mencari kekayaan bermati-matian tanpa melaksanakan tangungjawab yang hakiki sebagai hamba Allah dan terhadap manusia termasuk suami atau isteri serta keluarga iaitu anak-anak, saudara seislam dan mereka yang memerlukan.
 ·  ·  · a few seconds ago · 

Peranan seorang isteri terhadap keluarga


Isnin, 18 Jun 2012./5Syaaban 1433.

Peranan seorang isteri terhadap keluarga

Nabi saw bersabda , "Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu, dan berpuasa sebulan penuh Ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka ucapkan kepadanya " masukklah ke syurga dari mana saja pintu-pintu syurga yang kamu kehendaki ".

Mentaati suami merupakan taanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh para isteri dengan sebaik-baiknya, selain menjaga kehormatan dirinya dari perkara-perkara yang ditegah antarnya seperti mendedahkan aurat, keluar tanpa izin suami.

Nabi saw bersabda, Pertama urusan yang ditanyakan kepada isteri di hari Qiamat ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak).

Melakukan sebagiamana keteranagan hadis di atas seorang isteri itu akan mudah mendapat masuk ke syurga. Tugas menjaga rumah tangga  dan mendidik anak-anak oleh pihak isteri adalah tugas yang sangat mulia yang diperlukan bagi menjamin masa depan anak-anak yang terdidik dengan baik dari segi pelajaran dan akhlak.

Jika tugas penting ini diabaikan dan anak-anak tidak mendapat didikan dan kasih sayang ibu dan bapa akan menjadilah kanak-kanak ini nanti dalam keadaan yang tidak dapat menjalani hidup sebagaimana yang dikehandaki oleh ajaran agama yang memerlukan perhatian ibubapa di rumah sejak semasa kecil lagi.

Oleh itu tugas isteri di rumah adalahlebih penting daripada tugas yang membelakangi tugas rumah tangga yang sepatutnya diberikan perhatian kepada anak-anak yang sangat dahagakan asuhan untuk dijadikan bekalan semasa menjalani hidup akan datang, bagi menjamin keluarga yang bahagia lagi sejahtera supaya anak-anak dapat diasuh dan dididik dalama suasana yang terbaik untuk kebaikan ahli keluarga.

Masalah kurang didikan dan asuhan ibubpa dari segi agama dan akhlak kepada generasi sekarang ini telah banyak menimbulkan gejala sosial dewasa hari ini. kesan dari tidak adanya kesedaran di kalangan ibubapa khasnya ibu yang lebih banyak membuat kerja-kerja di luar rumah dalam urusan yang sepatutnya dilakukan oleh suami termasuk dalam urusan mencari nafkah hidup, perniagaan dan kerja-kerja sosial yang mementingkan keuntungan kebendaan atau keduniaan daripada melaksanakan tanggungjawab sepatutnya untuk kebahgaiaan bersama keluarga.

Thursday, June 21, 2012

Belajar Bahasa Arab di Mutiara Gombak


Kelas Bahsa Arab akan dibuka taka lama lagi di Mutiara Gombak km 11 Jalan Gombak tak lama lagi bagi orang dewasa khususnya untuk warga tua yang sudah bersara.

Walktu belajar ialah pada setiap hari Isnin dan Rabu mulai jam 9.30-10.30 pagi.

Suasanya selesa , bilik berhawa dingin dan dalam kumpulan kelas tidak melebihi antara 10-15 orang.

Para sahabat yang tinggal berhampiran dan berminat boleh menghubngi saya seberapa segera supaya kelas ini dapat dimulakan pada wal bulan Julai.

 Kelas dewasa ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dengan bahsa Al Quran untuk dapat memahami  Quran dan hadis yang dibaca bersendirian dengan menterjemahkan ke Bahasa Melayu, ynag kita boleh fahami.

Bayaran yang dikenakan ialah RM70.00 sebulan, bagi 1 jam 2 kali seminggu!!


Rebutlah peluang dan gunakankanlah masa andaynag terhad denganm terbaik,dengan menuntut ilmu!!

Maklumat lanjut sila panggil: 016 275 9986.

Kelebihan Bahasa Arab sebagi Bahasa Al Quran:

Bahasa Arab adalah merupakan bahasa Agama Islam dan bahasa Al-Qur’an. Tanpa mempelajari selok belok Bahasa Arab, seseorang itu tidak mungkin akan dapat memahami Al Qurana dan sunnah Nabi saw dengan sebenar-benarnya. 

Membiakan diiri dari mempelajari bahsa Arab, akan mengakibatkan seseorang itu menjadi lemah dalam memahami agama serta jahil terhadap perkara yang berhubung dengan pemahaman agama Islam.

Sesungguhnya amatlah mengeciwakan kita, dengan bilangan orang Islam yang sangat kecil peratusannya mempelajari dan memahami Bahasa Arab di Negara kita menjadi punca ynag menebabkan pemahaman serta penghayatan Islam tidak selaras dengan kehendak dan perintah Allah dan Rasulnya.

Oleh itu amat wajar sekali pihak yang berwajib memberikan perhatian yang serius tentang pengajaran dalan pembelajaan Bahas Arab ini , agar umat Islam di negara kita ini akan dapat mempelajari dan memahami agama Islam dengan berteraskan Bahasa Arab.

Dengan kemampuan berbahasa Arab orang Muslim di Negara kita akan mampu memahami Bahasa Arab dan dapat pula memahami Al Quran dan hadis dan bebagai bidang Ilmu yang berasaskan penulisan dan pembukuannya dalam Bahasa Arab sejak ianya mula berkembang di Tanah Arab.

Semoga denganadanya usaha yang bersungguh-sungguh ini dari pihak-pihak ynag mempunyai kesedarn ini Bahasa Arabakan dapat diperkembangkan bukan sahaja di Sekolah-sekolah tertentu yang menumpukan pengajaran Baasa Arab, tetapi juga bagi mereka yang dewasa yang tidak mempunyai kemahiran berbahasa Arab akan dapat juga berpeluang untuk mempelajari dan seterusnya mengamalkan ilmu agama mereka mengghunakan Bahsa Arab.Seharusnya pusat atau institusi pengajaran Bahasa Arab dapat diperluaskan di di merata ceruk bandar dan desa supaya akan dapat mereka berjinak-jinak dengan Bahsa Arab yang sangat mulia yang dicipta Allah dengan meniurunkan Al Quran sebagai bahasanya.



 —

Berbakti kepada kedua ibubapa

Selasa, 20 Jun 2012

Dari Abu Hurairah r.. pula dari Nabi saw sabdanya:

“Melekat pada tanahlah hidungnya, melekat pada tanahlah hidungnya,  sekaIi lagi melekat pada tanahlah hidungnya - maksudnya memperoleh kehinaan besarlah - orang yang sempat menemui kedua orang tuanya  di kala usia tua baik salah satu atau keduanya, tetapi orang tadi tidak dapat masuk syurga, sebab tidak berbakti kepada orang tuanya”.

            -(HR Musliam)

 

Friday, June 8, 2012


 Jumaat, 8 Jun 2012.. Tayammum menggantikan wudhu'




1. Erti Tayammum:

Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan).
Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah
S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi
keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi wajib
disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan
melakukan ibadah.
Tayammum pada syara’ ialah menyapu muka dan kedua belah
tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih mengikut
syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu’ atau
mandi wajib .

2. Dalil Perintah Tayammum.

Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa sembahyang lima
waktu sehari semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam
sekalipun mereka sedang sakit atau dalam ketiadaan air untuk
bersuci dari hadas kecil atau hadas besar.
Maksud Hadis :
Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah s.a.w
bersabda: …..dan (di antara keistimewaan yang
diberikan Allah Taala kepada kami ialah) dijadikan
bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang
untuk kami, dan tanahnya pula dijadikan untuk
kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak
mendapat air.
( Riwayat Muslim )

Hadis ini menyatakan sebahagian dari keistimewaan dan kemudahan beribadat
yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
dan umatnya berbanding dengan nabi-nabi terdahulu dan umat mereka masingmasing.


3. . Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum
i. Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk
keperluan makan minum.
ii. Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang
dihidapi atau merbahaya bila dikenakan air.
iii. Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan
dan nyawa.

4. Bahan Untuk Bertayammum.

Debu tanah yang bersih ialah:
i. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam.
Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan
debu.
ii. Tidak dikategorikan sebagai abu.
iii. Suci dan tidak bernajis.
iv. Tidak musta’mal.
v. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak
berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.

5. . Hikmah Bertayammum
Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat
menggunakan air atau ketiadaan air.

6. Syarat-Syarat Sah Bertayammum.

i. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
ii. Tanah debu yang suci.
iii. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah
digunakan).
iv. Ada qasad / niat penggunaan tanah.
v. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua
kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua
bagi tangan.
vi. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
vii. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
viii. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat
sunat.

7. Rukun Tayammum
i. Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh
sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana
mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
ii. Menyapu Muka.
iii. Menyapu Tangan.
iv. Tertib.

Thursday, June 7, 2012

Jadilah manusia yang boleh memberikan sumbangan dan manfaat kepada orang lain.

Khamis, 7 Jun 2012/17 Rejab 2012.


Jadilah manusia yang boleh memberikan sumbangan dan manfaat kepada orang lain.





Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

"Diantara orang yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala  ialah ynag banyak memberi manfaat kepada manusia, dan di antara amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraaan yang dimasukkan dalam seorang Muslim, atau menghilangkan baginya kesulitan, atau menyelesaikan hutang piutangnya, atau menghilangkan baginya kepalapran. Dan kalau aku berjalan dengan saudaraku kerana menyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan. Dan sesiapa yang mengawal marahnya , Allah akan menutup auratnya (keaibannnya) , dan sesiapa yang menahan sifat berangnya sedangkan dia berkuasa untuk betrtindak, Allah akan penuhkan hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat, dan sesiapa berjalan  dengan saudaranya untuk  menyelesaikan hajatnya sehingga dihasilkannya, Allah akan tetapkan kakinya (di Sirat) pada hari kaki-kaki yang tergelincir (dimasukkan ke neraka) dan sesungguhnya akhlak yang  buruk itu merosakkan amalan kebaikan sebagaimana cuka merosakkan madu".



        -(HR Imam Tabrani dan Ibnu Abid Dunia. (hadis telah dihukumkan sebagai hadis hasan di dalam Kitab Sahih Al Jami, 176)


Soalan untuk dijadikan renungan:


1. Siapakah di antara orang yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala?

2. Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah Ta'ala?

3. Bagimana pula jika ada  manusia melakukan sebaliknya iaitu perkara yang bertentangan dengan apa yanag didisukai Allah? (seperti memudharatkan orang lain, menyusahklan kehidupan orang lain, menimbulkan huru hara dalam masyarakat dan negara, menabur fitnah, melakukan maksiat dll)


Wednesday, June 6, 2012



Rabu, 6 Jun 2012/ 16 Rejab 1433.


Sunat hai'ah dan sunat ab'adh dalam solat

1.     Sunat hai'ah


Sunat Hai'ah merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 15 perkara:

1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (Nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)

2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:

a) "Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."

b) (Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faţara As-Samawāti Wa Al-’Arđa Ĥanīfāan Wa Mā ‘Anā Min Al-Mushrikīna, ‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna, Lā Sharīka Lahu, Wa Bidhalika ‘Umirtu Wa ‘Anā Min Al-Muslimīna)

4. Membaca A'uzubillah

5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan

6. Membaca amin selepas fatihah

7. Membaca surah al-Quran

8. Membaca tasbih ketika rukuk

9. Membaca tasbih ketika sujud

10. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk

11. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya

12. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri

13. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir

14. Salam yang kedua

Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Ab'adh.

sunat ab'adh

 

Sunat Ab'adh merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 7 perkara:

1. Membaca tahiyat awal.

2. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal

3. Duduk tahiyat awal

4. Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.

5. Selawat di dalam qunut

6. Berdiri semasa qunut

7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.

Mereka yang tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi, tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Hai'ah.

Tuesday, June 5, 2012


Selasa: 5 Jun 2012/15 hb rejab 1433.

Siapa yang behak menrima pemeberian zakat?(Asnaf zakat).

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


-                                                                             -   (Surah AtTaubah: 60)

Asnaf-asnaf yang layak menerima zakat terdiri daripada :



1. Asnaf Fakir.
·         Seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya.

2. Asnaf Miskin

o    Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan dari sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang dibawah tanggungannya.


3. Asnaf Amil.

·         Mereka yang terlibat secara langsung dengan Institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
·          
4. Asnaf Muallaf.

·         Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kencenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada empat:-

1.       Baru memeluk agama Islam

2.       Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.

3.       Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah pimpinannya.

4.       Orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh


5. Asnaf Al-Riqab (Hamba)

·         Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu.
·          
6. Asnaf Al-Gharimin (Orang yang Berhutang)

·         Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syara'.
·          
7. Asnaf Fisabilillah (Berjuang Pada Jalan Allah)

·         Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwah Agama Islam serta kebajikannya.
·          
8. Asnaf Ibnussabil (Musafir Terkandas)

·         Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syara' dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.




Friday, June 1, 2012

Khamis, 31 Mei 2012.


Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra maka katanya, telah bersabda Rasulullaha saw,

"Jangan kamu dengki mendendki . Jangan kamu daya memperdayakan dan jangan kamu marah memarahi, dan janganlah kamu belakang  membelakangi, dan janganlah kamu menjual setengah kamu atas jualan lainnya dan adalah kamu hamba Allah  yang berrsaudara, seorang Islam  saudara bagi islam yang lain. maka tiadalah ia berbuat aniaya kepada saudarnya dan tiada ia meghinanya dan tiada berbuat bohong di atasnya dan tiada pula melecehkannya. Adalah takut itu di sini!  Begitulah Rasulullah saw berkata sambil megisyaratkan kepda dadanya  sampai tiga kali. Cukuplah bagi manusia buat beroleh dosa yang paling besar bahawa dihinakan olehnya akan saudaranya yang Islam. Segala orang Islam atas mulsim lainnya diharamkan darahnya, hartanya dan fe'il perangainya".


                                                                          -  (HR Muslim)