Thursday, September 30, 2010

Khamis, 30 Sept 2010/21 Syawal 1431

Wednesday, September 29, 2010

Rabu,29 September 2010/20 Syawal 1431

Tuesday, September 28, 2010

Jauhi guna tuturkata Andaikata dan Jikalau

Selasa, 28 September 2010/19 Syawal 1431



Seseorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan memohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati) jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, " Oh, andaikata aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu", tetapi katanlah, "Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakanNya".

Ketahuilah sesungguhnya ucapan:" Andaikata' dan " Jikalau" membuka peluang bagi karya setan"

- (HR Muslima:
Rasulullah saw bersabda: " Ya Allah, rahmatlah kahalifah-khalifahku".

Para sahabat lalu bertanya: "Ya Rasulullh, siapakah khalifah-khalifahmu?"

Beliau menjawab, " Orang-orang yang datang sesudahku mengulang-ulang pelajaran hadis-hadis dah sunahku dan mengajarkannya kepada orang-orang sesudahku".

- (HR ArRidho)

Sunday, September 26, 2010

Hari qiamat.......menurut hadis

Ahad 26 Sept 2010/17 Syawal 1431

1. Seorang Arab Badui bertanya, "Bilakah tibanya qiamat?"
Nabi saw lalu menjawab, " Apabila amanah diabaikan maka tunggulah qiamat".

Orang itu bertanya lagi, " Bagaiman hilangnya amanat itu, Ya Rasulullah?"

Nabi saw menjawab, "Apabila perkara (urusan) diserahkan kepada orang yang buka ahlinya, maka tunggulah qiamat"

-(HR Bukhari)

2. "Belum akan datang qiamat sehingga manusia berlumba-lumba membangun dan memperindah masjid-masjid"
-(HR Abu Dawud)


3. "Belum akan tiba qiamat melainkan matahari akan terbit dari Barat. Jika terbit dari barat maka seluruh umat manusia akan beriman.Pada saat itu tidak bermanafaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia belum menmgusahakan kebaikan dalam masa imannya"

- (HR Bukhari dan Muslim)

4. "Saat akan tiba qiamat, zaman saling mendekat. Satu tahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti satu jam dan satu jam seperti menyalakan kayu dengan api."

- (HR Attirmizi)


5. "Belum akan tiba qiamat sehingga kaum muslim berperang dengan orang-orang Yahudi. Kaum muslimin membunuh mereka dan mereka bersembunyi di balik batu dan pohon-pohon. Lalu batu dan pohon-pohon berkata;" Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakang saya. Mari bunuhlah dia" Kecuali pohon "Gharqad" yang tumbuh di Baituil Muqdis. Itu adalah pohon orang-orang Yahudi"

- (HR Ahmad)
6. "Seorang anak Adam sebelum menggerakkan kakinya pada hari Qiamat akan ditanya tentang lima perkara: tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya; tentang masa mudanya, apa yang dialaklukannya; tentang hartanya, dari sumbermana dia peroleh dan dalam hal apa dia membelanjakannya; dan tentang ilmunya , mana yang dia amalkan"

- (HR Ahmad)
7. "Amal seseorang tidak dapat menyelamatkanya. Seorang sahabat lantas bertanya tentang sabda tersebut, "Termasuk engkau juga, Ya Rasulullah?"

Rasulullah lalu menjawab, "Ya, aku juga, kecuali dikurnia Allah dengaan rahmatNya. walaupun demukian kamu harus berbuat yang benar(baik)".

- (HR Bukhari dan Muslim)

Saturday, September 25, 2010

Sabtu, 25 September 2010/16 Syawal 1431

Friday, September 24, 2010

Sahih Muslim

Jumaat,24 September, 2010/15 Syawal 1431

Kemsyhuran kitab "Sahih Muslim" hampir tak perlu disiar-siarkan lagi, kerana nama itu sendiri telah cukup menjadi jaminan . Semua orang akan percaya bila dikatakan kepadanya bahawa, "Hadis ini Riwayat Muslim".

Kitab ini berisi hadis sebanyak 7275 buah termasuk kira-kira 3000 buah yang berulang-ulang; kata Imam Muslim sendiri dalam salah satu pecakapanisepertinya dengan seorang kawan, bahawa jumlah 7275 hadis itu, hasil saringannya dari 300 ribu hadis (2,425%)

Sebenarnya pengakuan alim ulama tentang kesahian dan keimanan Imam Muslim sperti yang tersebut tadi, adalah pada umumnya kerana kenyataan yang terdapat dari hasil penyelidikan kitab "Sahih" ini.

Pujian ahli hadis kepada kitab ini tak terkirakan banyaknya, dan kami cukupkan dengan menukil beberapa pujian saja untuk menjadi pengetahuan tentang nilai hadis Muslim.

a) Imam Nawawi:
1. Alim ulama telah sepakat, bahawa kitab Bukhari dan Muslim , kitab ynag tersahih sesudah Al Quran

2. Imam Muslim telah memilih jalan dan cara yang sangat teliti sekali untuk kitab "Sahih"nya.

b) Umar bin Shalah:

1. Semua hadis yang telah ditetapkan oleh Muslim kebenerannya di dalam sahihnya, pasti benar dan tidak boleh dibantah lagi.

2. Hadis-hadis yang telah diriwayatkan bersama oleh Bikhari dan Muslim, telah pasti datangnya dari Rasulullah saw.

3.Beza antara kitab Bukhari dan Muslim dengan kitab-kitab hadis lain, bahawa hadis-hadis yang termaktub di dalam kedua kitab itu tidak perlu dibahas lagi, bahkan dengan mutlak dan tidak bersyarat, harus diamalkan; sedang yang lain harus melalui pemeriksaan dan syarat-syarat yang tertentu untuk menetapkaan kebenarannya.

Thursday, September 23, 2010

Khamis, 23 Sept. 2010/ 14,Syawal 1431

Wednesday, September 22, 2010

Kelebihan berziarah

Rabu, 22 Sept 2010/13 Syawal 1431

Sempen sambutan Hari Raya, ziarah menziarah mremang menjadi budaya kaum muslimn di tempat kita. Budaya ini mempunyai kelebihannya yang tesenddiri dana mat abak dilakjsana dan diteruskan. Allah swt mengggalakan kita bermaafa-maafan dengan berziarah natra satu sa,m ynag lain sama ada sesama keluarga atau sahabat andai atau pun jiran tempat kita tinggal.

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad dari sahabat Abu Hurairah ra: yang berbunyi:

"Ada seorang yang berziarah ke tempat saudaranyan ( kerana seagama boleh dianggap saudara) dalam sebuah desa, lalu Allah mengutus seorang Malaikat untuk mendatangi jalan yang dilaluinya. Setelah bertemu, lalu Malaikat itu berkata:

"Kemana saudara akan pegi?" Jawabnya: " Hendak ke tempat saudara saya dalam desa ini". Malaikat bertanya, " Apakah kedatangan saudara itu kerana ada sesuatu kenikmatan dari padanya yang akan saudara dapatkan?'

Jawabnya: "Tidak, saya datang semata-mata kerana saya mencintainya untuk mengharapkan kerdhaan Allah"

Kemudian Malaikat itu berkata lagi; "Ketahuilah sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menemui saudara dan untuk mengatakan) bahawasanya Allah mencintai saudara sebagaimana saudara mencintai orang itu".

Oleh sebab iu semasa berziarah kita hendaklah melakukan dengan penuh keikh;asan kerana Allah swt.

Tuesday, September 21, 2010

Ciri-ciri Orang Muslim

Selasa 21 Sept 2010/12 Syawal 1431

Ciri-ciri orang Muslim.

Sbagaman firnan Allah sawt dalam surah Almu'minun ayat 1-7 sebagimana berikut:

1. Sesungguhnya berjayaalah orang-orang yang beriman,

2. Iaitu mereka yang khyusu' dalam solatnya.

3. Dan mereka menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia,

4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan
menunaikan zakat harta itu),

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka
sesungguhnya mereka tidak tercela,

7. Kemudian , sesipa yang megingini selain dari yang demikian,
maka merekalah orang-orang yang melampau batas.

dan setrusnya Allah menjelaskan lagi ciri-ciri orang yang beriman ialah dalam ayat 8 dan 8:

8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya,

9. Dan mereka yang tetap memelihara solatnya.

Balasan bagi orang -orang muknim ialah sebagaiman firman ;lah swt:

"Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -, yang akan mewarisi syurga firdaus; mereka kekal di dalammnya"

angan -asangan/isetri-isyeri yang sentiasa bersih suci, sedu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disedikan untuk mereka dlam syurga itu pas
-( Al Mukminn: 19-11)

Firman Allah." Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya mereka beroleh syurga ynag mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan sat pemeberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata, " Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disedikan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan/isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalammnya selama-lamanya"

-( Surah Al Baqarah: 25)

Ciri-ciri orang mukmin juga perlulah mempunyai sifat-sifat seperti berikut;

1. Memiliki akhlak yang b aik lagi mulia
2. Memarangi hawa nafsu menujuk ke jalan yang di redhai allah
3. Bersaudara sesama islam
4. Menghormati dan menghargai tetamu

Tuesday, September 14, 2010

Selasa 14,September 2010/5 Syawal 1431

Monday, September 13, 2010

Prinsip-prinsip aqidah Ahlus sunnah wal Jemaah.

Isnian 13 september 2101/4 Ramadhan 1431

Prisip-prinsip 'aqidah Ahlus sunah Wal jamaah.



1. Agama Islam adalah agama yang haq (benar) yang dibawa oleh Nabi Muhamad saw.

2.kebenarah Dua klaimah syahadah

3.Rukun Iman

4.Tauhid Rububiyyah

5.Tauhid Uluhiyyah

6.Tauhid al Asama wa sh shifat.
Isnian 13 september 2101/4 Ramadhan 1431

Sunday, September 12, 2010

Syirik kepada Allah

Ahad, 12 Sept 2010/3 Syawal 1431


1. Syirik adalah menyamakan selain Allah dengan Allah dalam Rububiyyah, Ukhuhiyaah dan Asam dan sifat.

2.Syirik (menyekutukan Allah) merupakan dosa besar kerana ia menyamakan makhluk dan khalik pada hal-hal yang khusus bagi Allah Ta'ala.

3. Berdoa selain kepada Allah seperti meminta sesuatu hajat adalah syirik besar.

Firmman alllah , " Dan barangsiapa menyembah ilah lain bersama Allah ada hal tidak ada satu.
- ( Surah Al Mulk: 117)

4. Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

5. Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.”
– (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

6. Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

– (Surah an-Nisa’, ayat 48)

7. Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

8. Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

9. Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

10. Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.” – (Hadis riwayat Muslim)

11. Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu.
– (Hadis riwayat Muslim)

12. Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim)
[sunting] Jenis syirik

13. Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.

14. Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.

Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)

15. Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Langkah mesti dilakukan bagi mengelakkan ia daripada terus membarah di dalam hidup manusia. Langkah seperti penerangan mengenai bahaya syirik menerusi seminar, ceramah, bengkel dan seumpamanya. Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya.

Saturday, September 11, 2010

Petikan hadis berhubung dengan doa

Sabtu 11 September 2010/2 Syawal 1431

1. Tiga macam doa dikabulakn tanpa diragukan lagi, iaitu doa orang yang dizalimi, doa kedua orang tua, dan doa seorang musafir (yang berpergian unyuk maksud dan tujuan baik))
- (HR Ahmad dan abu Dawud)

2. Tiada seorang berdoa kepada Allah dengan satu doa,kecuali dikabulkannya, dan dia memperoleh salah satu dari tiga hal; iaitu dipercepat terkabulnya baginya di dunia, disimpan (ditabung) untuknya sampai di akhirat, atau diganti dengan mencegahnya dari musibah (bencana) yang serupa"
- (HR Athbrani)

3. Barangsiapa ingin agar doa'nya terkabul dan kesulitan-kesulitan nya teratasi, hendaklah dia menolong orang yang dalam kesempitan"
-(HR Ahmad)

4. Ali ra. bertkata, " Rasulullah saw lewat ketika aku sedang mengucapkan doa; 'Ya Allah, rahmatilah aku",lalu beliau menepuk pundakku seraya berkata, " Berdoalah juga untuk umum (kaum muslimin) dan jangan khusus untuk peribadi. Sesungguhnya beza doa untuk umum dan khusus adalah seperti bezanya langit dan bumi"

- (HR Adailami)

5. Hati manusia adalah kandungan rahasia dan sebahagian lebih mampu merahsiakan dari yang lian. Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah, maka memohonlah dengan penuh keyakinan bahawa do'amu akan terkabul. Allah tidak akan mengabulkan do'a orang yang hatinya lalai dan lengah"
-(HR Ahmad)

Tuesday, September 7, 2010

Perkara yang sunat dilakukan pada hari raya

Selasa,7 Ogos 2010/28 Ramadhan 1431


1. Mandi sunat dengan niat "sahaja akau mandi hari raya" waktunya ialah separuh malam hari itu tetapi sunat mandi setelah keluar fajar.

2. Memakai pakaian yang secantik-cantiknya yang ada padanya.

3. Memotong kuku.

4. menghilangkan bauan ynag keji.

5. Memakai bau-bauan

6. Sunat berpagi-pagi ke masjid ialau selepas subuh bagi orang ramai (selain daripada imam) supaya mengambil tempat.Imam sunat

7. Waktu akan kembali jangan melalui jalan yang suda dilalui ketika akan pergi ke tempat solat hari raya itu.

8. Membaca takbir di rumah-rumah, di jalan-jalan, di masjid-masjid, di surau dan di pasar, mulai dari terbenam matahari di malam raya fitri (hingga mlai solat) dan hari Raya adha ( hingga solat asar di akhir hari tasyrik, 11.12.13 zulhijjah) dengan suara yang keras.

9. Makan sebelum ke masjid (Raya firti) hari raua adha di sunat makan selepas kemabali hari solat raya.

---------

Allah swt berfirman (hadis Qudsi)

"Tidak semua orang yang solat itu bersolat. Aku hanya menerima solatnya orang yang merendahkan diri kepada keagunganKu, menahan syahawatnya dari perbuatan haram larangannKu dan tidak terus -menerus bermaksiat terhadapKu, memberi makan kepada yang lapar dan memberi pakaian orang yang telanjang, mengasihi orang yang terkena musibah dan menampung orang asing. Semua itu dilakukan kerana Aku"

"Demi keagungan dan kebesaranKu, sesungguhnya bagiKu cahaya wajah lebih bersinar dari matahari dan Aku menjadikan kejahilannya kesabaran (kebijaksanaan) dan menjadikan kegelapan terang, dia berdoa kepadaKu dan Aku mengabulkannya; dia memohon dan Aku memberikannya dan dia mengikat janji denganKu dan Aku tepati (perkokoh) janjinya. Aku lindungi dia dengan pendekatan kepadanya dan Aku menyuruh para Malaikat menjaganya. BagiKu dia sebagai syurga Firdaus yang belum tersentuh buahnya dan tidak berubah keadaannya"

-(HR Adiilami)

Monday, September 6, 2010

Lailatul qadar

6 Ogos 2010/27 Ramadhan 1431


Malam lailatul qadar sangat dinantikan oleh umat Islam, malam yang penuh barakah dan malam yang dijanjikan denghan ganjaran pahala ibadat pada malamnya lebih baik dari 1,000 bulan.

Pada malam itu turun rahmat dan kebaikan-Nya. Pengalaman mendapatkan Lailatul Qadar merupakan pengalaman spiritual dan individual. Tidak semua orang mampu mendapatkannya. Ia tidak boleh dicapai hanya dengan kehadiran kita pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, pada malam ganjil. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Tentang bila datangnya Lailatul Qadar, banyak riwayat mengaitkan dengan malam-malam ganjil di 10 hari terakhir. Mungkin ini ada hubungannya dengan hadis lain yang menyebutkan bahawa “Allah itu ganjil dan menyenangi yang ganjil-ganjil.”

Bagi pencinta tuhan yang mencintaiNya dengan penuh keikhlasan tidak penting bila Lailatul Qadar itu turun. Yang penting baginya adalah menunjukkan kerinduannya kepada kekasihnya secara sungguh-sungguh melaksanakan ibadat di malam-malam 10 terakhir husnya dalam bulan ramadhan tersebut.

Intinya adalah mujahadah iaitu kesungguhan menghidupkan bulan Ramadan dan ritual (yang dibenarkan syariat).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. (riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Dalam surah al-Qadar ayat terakhir Allah SWT menyebut tanda-tandanya: Sa laamun hiya hatta matla‘il fajr - ynag bermaksud, " malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."

Jadi jelas tandanya tidak bersifat lahiriah kerana kedamaian itu adalah sesuatu yang dirasakan.

Justeru, dalam surah ad-Dukhan ayat tiga Lailatul Qadar disebut "Laylatun mubaarakah" kerana kedamaian hati yang bersumber terus daripada Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi musafir yang kehausan.

Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.”

- (HR riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam al-Qadar itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya oleh golongan yang beriman, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah SAW, ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama 1,000 bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.

Usia baginda dan umatnya adalah pendek. Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 83 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad SAW yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun sahaja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah

  1. Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: Ù„َÙŠْÙ„َØ©ِ الْÙ‚َدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al Qadar, surat ke-97 dalam Al Qur'an.

  2. Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Al-Quran adalah sumber pengetahuan tertinggi dan kerananya, kebenarannya tidak diragukan. Ia hanya dapat dicapai melalui darjat intelektual paling tinggi iaitu intelek kenabian.

Sekurang-kurangnya jika kita dapat sekadar percikannya pada malam Lailatul Qadar bermakna mujahadah kita waktu itu berhasil menyentuh intelek kenabian. Itulah kenikmatan, sekali gus berkat yang paling tinggi.


Ayat yang pertama yang diturunkan.

Ayat yang pertama diturunkan ialha ketiak Nabi Muhammad saw berhalwat atau bersunyi diri di dalam Hua Hira' kerana sedangn mencari petunjuk Tuhan.

Dengan tiba-tiba muncullah malaikat Jaibt=raik mendepak beliau supaya menyuuhnya untuk membaca.esiki pun pada mulanya beliau tak dapat membaca, namun akhirnya dapat juga beliau menbacanya. Adapun ayat yang Nabi disuruh membacanya itulah ayat yang mula-mula diturunkan iaitu surah Al 'laq ayau 1- 5: Yang bermaksud:

" Bacalah (Hai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu amat mulia. Yang telah mengajar dengan pena. Dia telah mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Inilah wahyu yang perama yang diuturunkan Allah swt kepada nabi Muhammad saw. dan Inilah pula saat penobatan beliau sebagai Rasulullah.

Peristiwa turunya wahyu pertama ini pada ketika itu Raslullah saw berusia 40 tahun. Dari maksud ayat-ayat di atas dapatlah kita memetik beberapa pelajaran yang terkandung di dalamnya antara lain:


1. Bhaw Allah adalah zat yang menciptakan Alkhaliq.(Makhluk)

2. Allah menciptakan manusia dari pada segumpal darah. Manusia yang asalnya tidak ada, lalu diciptakna Allah menjadi ada. DilengkapNya manusioa dngan pancaindera sehingga manusia dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan, dapat mendengarkan kemerduan suara, menciummharumnya wewangaian, meraskan lazatnya makanan dan sebagainya.

3.manusia juga dibekalkan dnegna ' akan fikiran ', yang dengan akal fikiran fikiran inilah manusia dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah, man yang haq dan mana yang bathil,mana ynag harus dikerjakan dan mana yang pokok perbezaan antara manusia dengan binatang.

4. Oleh kerannaya wajiblah kita manusia memanjatkan syukur kepada Allah serta beribadat dan taat kepadaNya dengan mematuhu segala perintahNya dan mengerjakannya hanya semata-mata kerana Allah.


5. Allah adalah yang Maha Agung lagi Maha Mulia.Tiada kemuliaan satu makhluk pun yang dapat menyamai kemliyaannNya, apalagi melebihNya. Kemuliaan allah di aras kemuliyaan semua makhluk.

6. Mengajar manusia tentang apa yang sebelumya sama seklai tidak diketahui olehnya. hendaklah kita ingat bahawa manusia berasal dari benda yang mati, yang kemudian atasehendak allah dijadikan hidup. Sermasa dalam rahim ibu bayu tanap mengetahui apa-apa. Melalui proses yang lama sedikit demi sedikit, diberikan Allah ilmu penegtauan, hingga jadilah manusia yang mengetahui berilmu pengetahuan. Ini semua adalh merupakan buktiu kasih sayang Allah kepada umat manusia.

7. Dari yat tersebut do atas juga terlihat pulaah berap[a pentingnya kepandaina tulis menulis sangatlah dihargai oleh Nabi Muhammad saw terbukti dari sabda beliau:

" Di akhirat nanti tinta ulama-ulamak itu aakan ditimbangn dengan darah syuhadah (Orang-orang yang mati syahid)"

Terbukti pula pada saat peperangan badar, orang-orang musyrikin yang ditawan oleh Nabi, yang tak dapat menebus dirinya dengan wang, akan tetapi ia pandai menulis atau membaca, tiap-tiap orang diharuskan mengajar sepuluh orang Muslim untuk menulis serta membaca sebagai ganti tebusan bagi dirinya.





Saturday, September 4, 2010

Kaedah mendidik anak secara Islam soleh/solehah

Sabtu 4 Ogos 2010/25 Ramadhan 1431

Rasulullah saw bersabda:

"Perintahlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka sampai usia 7 tahun dan pukullah mereka untuk megerjakan solat bilamana mereka mencapai usia 10 tahun dan pisahkan di antara mereka di tempat tidur",
-(HR Abu daud dan al-Hakim)

1. Hadis di atas meyuruh ibu bapa supaya mendidikanak-anak ssupya melatih anak--anak menjalankan perintah Allahseajka kecil lagi. walaupun bagi kanan-kanak tersebut beum lagi wajib b aginya dan tidak berdoas jika tidak bersolat. Wajib ke atas seseorang itu bersolat dan dianggap mukallaf ialah setelah ia baligh( murahiq).

2. Pendikikan perlukan teladan yang baik seperti menasihat nak, mencegah dari perkara-perkara burk, serta menjauhkannya dan menghukumnya. Ibubapa atau pendidik tidak perlu menggunakan kekerasan selagi ynag dididik masi bole menerima kelemah-lembutan.

3.Bahawa para ibu bapa, pendidik atau pendakwah perlu mengetahui akan dasar-dasar islam dalam pendidikan, serta cara-caranya di dalam perbaikan diiri, agar mereka dapat menggariskan cara yang baik dalm pendidikna anak-anak.

4. Sebaik sahja seorang bayi itu dilahirkan , anak itu disunatkan bacaan azan (telinga kanan) dan qamat(telinga kiri) yang merupakan seruan yang mulia yang mengandungi kebesran dan dan ketinggiannya, juga kata-kata dua kalimah syahadah, samalah seperti metalqinkan kepada syiar Islam ketika mula masuk ke alam dunia. Dengan azan juga syaitan akan lari dari dan menjadi lemah dan merasa kecewa sejak awal pergantungannya dengan anak itu.

-----------------
Petikan hadis,

1. Wahai Aba Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari kitabullah lebih baik bagimu daripada solat (sunat) seratus rakaat, dan pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan baik dilasanakan atau tidak, itu lebih baik daripada solat seribu rakaat"

-(HR Ibnu Majah)

2. Janganlah kamu menuntut untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan burukpeangainya.

Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau majlis) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadmu
Barangsiap seperti itu maka baginya neraka..neraka".

- (HR Attirmizi dan Ibu Majah)

3. Apabila muncul bid'ah-bid'ah di tengah-tengah umatku, wajib atas seorang alim menyebarkan ilmunya (yang benar). Kalau dia tidak melakukannya maka baginya laknat Allah,para malakat dan seluruh manusia . Tidak akan diterima sedeqahhya dan kebaikan amalannya"

- (HR Ar-rabii)

4. Orang yang paling pedih siksanya pada haria qiamat, ialah seorang alim yang Allah menjadikan ilmunya tidak bermanfaat"
- (Al Baihaiqi)

5. Termasuk mengagungkan Allah ialah menghormati (memuliakan ilmu, para ulama, orang tua yang muslim dan pengemban Al Quran dan ahlinya (termasuk pembaca,penghafal, ahli tafsir dan penegak ajaran Al Quran), serta penguasa yang adil"

-(HR Abu Dawud dan Aththusi)

Friday, September 3, 2010

Allah tidak mengampunkan dosa syirik

Jumaat 3 September 2010/24 Ramadhan 1431

Firman Allah swt: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa asyirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. barangsiapa yang mempersektukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa besar"

- (Surah An Nisa' : 48)

2. Rasulullha bersabda, " Allah brefirman; "hai hambaKu, selama engkau meneyembahku dan mengharapKu, maka Aku mengampuni apa yang datang daripadamu. Hai hambaku jika kau tidak bersyirik kepadaKu aku akan menemuimu dengan sebanyak itu pengampunan"

- (Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Dzarr)

3. Sabdanya lagi, "Tiada seorang hamba mengucapkan, "Lailaha Illahllhu" lalu mati mengucapkannya melainkan ia masuk syurga"

Bertanya Abu Dzar, "Walaupun berzina dan mencuri?".
Beliau menjawab, "Walaupun berzina dan mencuri"

Tanya jawab ini berulang tiga kali antara beliau dan Abu Dzar, yang akhirnya ditambah oleh Rasulullah dengan kata-kata, " Walaupun tidak disukai oleh Abu Dzar, Maka keluarlah Abu Dzar dari tempat Rasulullah sambil mengulang-ulangi kata Rauslullah yang mengenai dirinya.Dan demikian seterusnya tiap kali ia meriwayatkan hadis ini,tidak lupa membubuhinya dengan kata-kata Rasulullah terakhir itu"

4. Diriwayatkan oleh Abu ya'la dari Jabir, nahaw rasulullah saw bersabda:
"Pintu maghfirah Allah atas hambanya selalu terbuka selama belum tertutup oleh dinding. Bertanya seorang.Apakah dinding itu Ya Rasululah?"

"Iaitu, syirik kepada Allah", jawab beliau.

5. Sabdanya lagi: Barangsiapa mengetahui bahawa Aku berkuasa mengampuni segala dosa, Aku ampunilah dosa-dosa dan tidak peduli selama ia tidak bersyirik kepadaKU."

6. Firman Allah dalam surah Azzumar:53:

" Hai hanba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu perputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa dosa semuanya
Sungguh Dialah Yang Maha pengampun lagi Maha penyang. Seorang peria bertanya, " Bagaimana dengan syirik Ya Rasulullah?. Beliau enggan menjawab, hanya membaca ayat 48 tersebut".

Thursday, September 2, 2010

Zakat fitrah

Khamis, 2 September 2010/23 Ramadhan 1431.

Zakat firah gunanya untuk mensucikan hati dan jiwa. Zakat fitrah dinamakan juga "zakat-an-nafs", ertinya zakat untuk mensucikan jiwa dengan mengeluarkan sebahagian bahan makanan yang mengenyangkan, menurut ukuran yang ditentukan oleh syarak setiap bulan ramadhan setiap tahun. Zakat fitrah itu wajib hukumnya atas tiap-tiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki dan perempuan , yang mendapati matahari terbenam di akhir bulan ramadhan.

2. Islam memrintahkan orang Islam supaya mengeluarkan zakat fitrah, guna mensucikan jiwa orang yang berpuasa bagi membersihkan diri dari perkara yang tidak disengajakan melakukannya semasa melakukan ibadat puasa.


Sabda Rasululahi saw: "Dari Ibnu Abbas ra ia berkata: telah diwajibkan Rasulullah saw zakat fitrah, guna mensucikan orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji dan untuk memberi makan bagi kaum yang miskin. Siapa yang mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya maka itulah zakat yang diterima, dan siapa yang membayarkannya sesudah solat hari raya , maka itu adalah semacam sedekah dari beberapa sedekah".

- (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

3. Maka wajib atas orang-orang tersebut mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan unuk keluarganya, iaitu orang-orang yang wajib atasnya kalau menanggung nafkahnya seprti anak-isteri hamba sahaja , dengan syarat kalau makan ada berlebihan dari makanan yang sederhana di hari dan malam hari raya.

3.Zakat fitrah itu banyaknya satu gantang Arab (Sya') untuk setiap orang. Atau 3 1/2 liter, bahan makanaa untuk kekuatan bagi penduduk negeri.

4. Jika anak itu dilahirkan selepas matahari terbenam, tidaklah wajib di atasnya mengeluarkan zakat fitrah, walau pun jaraknya hanya satu minit sekalipun.

5. Zakat fitrah harus dibayar sejak awal bulan ramadhan, waktu wajib ialah apabila matahari telah terbenam; waktu afdhal ialah sebelum orang keluar untuk mengererjakan solat hari raya (pagi-pagi raya), dan makruh dikelurakan selepas hari raya. Dalam hal ini disunatkan seseorang itu supaya jangan dilambatkan membayarkan zakat fitrah itu sampai selesai.

6. Berilanlah zakat kepada fakir miskin di anata keluarga yang lebih dekat,kmeudian baru kepada fakir miskin yang lain.

Firman Allah: "Berikanlah harta yang dicintai itu kepada qarib (keluarga) yang dekat, kepada anak yatim, kepada kaum miskin, kepada anak sabil, orang yang meminta-minta dan kepada hamba-hamba".

- (Surah Al Baqarah: 177)

Wednesday, September 1, 2010

Lailatul qadar

Rabu 1 September 2010/22 Ramadyhan 1431

Malam ini malam ke 23 Ramadhan 1431. Bersedialah untuk beri'tikaf di masjid atau berada dimasjid mulaimaghrib hngga subuh serta mengharapakan malam lalatul qadar denga melakukana ibadat terhadap Allah seperti solat, doa , zikir, mebaca quran dll.

Berhubung dengan lalaitul qadar ini Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.”

- (HR Ibnu Majah)


Rasulullah saw juga bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau."

(HR Muslim)


Firman Allah bermaksud:

" Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.

-(Surah al-Qadr: 1-5).

Dengan ayata di atas jelaslah bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada 1,000 bulan .

Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah saw dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Allah swt memberikan ganjaran kepada amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama 1,000 bulan.

Dari segi umur hidup seseorang jika dibandingkan dengan umur nabi dan umat terdahulu usia baginda dan umatnya adalah pendek.

Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 83 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan :

" Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon" "

(HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Ulama berselisih dalam menentukan malam berlaku Lailatul Qadar. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.”

-(riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam al-Qadar itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.