Friday, July 31, 2009

Menzirahi orang sakit

Jumaat, 31 Julai 2009/9 Syaaban 1430 H (Ulangtahun hari jadi ke 66)

Dari Ali r.a, katanya: (Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: (Tiada seorang Muslim pun yang meninjau saudaranya Muslim, yang sakit di waktu pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang dan jikalau ia meninjaunya itu di waktu petang, maka ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya ia memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi. Juga orang tersebut akan akan memperoleh tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga)

- (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan)
hadis 896/ms. 943/Riyadhus Salihin Imam Nawawi)

Thursday, July 30, 2009

Ciri-ciri Mukmin

Khamis, 30 Julai 2009/8 Syaaban 1430

Ciri-ciri Mukmin.

Firman Allah swt dalam surah Al Mu'minun : Ayat 1-7 , yang terjemahannya seperti berikut:

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman
2. Iaitu mereka yang khusyu' dalam solatnya.
3. Dan mereka menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela
7. Kmuduian, seseipa yag mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang
yang melapaui batas.

Selanjutnya Allah menerangkan lagiciri-ciri orang ynag beriman dalam ayat 8 dan 9

8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memlihara solatnya.

Seterusnya Allah menjanjikan orang yang beriman dengan balasan yang tidak ada tolok bandingnya di akhirat iaitu suatu tempat yang amat tinggi kedudukannya seperti seprti huraian ayat 10 dan 11.

10. Mereka itu orang-orang yang berhak mewarisi.
11. Yang akan merawisi syurga, mereka kekal di dalamnya.

Diantara sifat-sifat orang yang beriman ialah:

1. Khusyuk dalam solat.
2. Menjauhkann diri dari kata-kata yang tidak berguna
3. Menunaikan zakat
4. Menjaga kemaluan (kehormatan)
5.Memelihara amanah
6. Menjaga solat
7. Suka bertaubat
8. Menyembah Allah
9.Mengerjakan Ibadat puasa.
10. Melakukan ruku' dan sujud

Sebagai tambahan , Imam At-Thabrani telah meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Umar tentang sifat-sifat yang dimaksudkan seperti berikut..

11. Menyelamatkan sesama manusia
12. Memiliki akhlak mulia
13. Memerangi hawa nafsu
14. Menghormati dan menghargai tetamu

Adakah kita menghayati sifat-sifat yang perlu bagi seorang muslim?
Tidakkah kita bercita-cita untuk menikmati balasaan syurga yang disedikan oleh Allah swt atau kita masih tidak sedar untuk bertindak beramal dengan ciri-ciri semasa umur masih dilapangkan oleh Allah swt?

Wednesday, July 29, 2009

Keutamaan berazan

29 Julai 2009/7 Syaaban 1430H

Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

(Andai kata para manusia itu mengetahui betapa besar pahalanya berazan dan menempati saf pertama, di waktu solat, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehnya itu melainkan dengan cara mereka mengadakan undian., niscayalah mereka akan melakukan undian itu. Juga andaikata para manusia mengetahui betapa besar pahalanya datang lebih dahulu untuk melakukan solat, niscayalah mereka akan berlumba-lumba untuk itu. Demikian pula andai kata mereka mengetahui betapa besar pahalanya solat isyak dan solat subuh, dengan berjemaah, niscayalah mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekalipun dengan berjalan merangkak)
- (Muttafaq alaih)


Dari Abu Hiurarrah ra katanya: Rasulullah saw bersabda:

Jikalau azan dibunyikan untuk solat, maka membelakanglah syaitan-syaitan, yakni lari ke belakang, sambil berkentut, sehingga ia tidak mendengar lagi suara azan tersebut. Selanjutnya jikalau azan sudah selesai, maka ia datang lagi, sehingga apabila dibunyikan iqamah, maka sekalai lagi ia membelakangkan, kemudian apabila bunyi iqamah telah selesai datanglah ia kembali sehingga ia mengusikkan, yakni menggoda, antara seseorang itu dengan hatinya sendiri sambil mengucapkan: Ingatlah ini dan ingatlah itu, ) iaitu sesuatu yang tidak diingatnya sebelum bersaolat itu, sampai-sampai sesorang itu tidak lagi mengetahui, sudah berapa rakat, ia bersolat)
- Muttafaq alaih)

Dari Abdullah bin Amr al Ash radhiallahu anhuma bahawasanya ia mendengar Rsululllah saw bersabda.:

(Jikalau engkau mendengar azan, maka ucapkan sebgaimana yang diucapkan oleh muazzin, ke mudian bacalah selawat untukku, kerana sesungguhnya saja barangsiapa yang membaca selawat untukku sekali selawat, maka Allah akan memeberikan kerahmatan padanya sepuluh kali, selanjutnya mohonlah wasilah kepada Allah swt untukku, sebab sesungguhnya wasilah itu adalah suatu tingkat dalam syurga yang tidak patut diberikanmelainkna kepdaa seseorang hamba dari sekian banyak hamba-hamba Allah dan saya mengharapkan agar sayalah hamba yang memperoleh tingkat wasilahb tadi. Maka dari itu barangsiapa yang memohonkan wasilah untukku kepada Allah, wajiblah ia memperoleh syafaatku)

- (Riwayat Muslim)

Renungan.........Menafaatkan umur hidup yang sedikit didunia.

Mati itu adal pasti bagi semua makhluk yang hidup di muka bumi ini. Mereka akan diberikan pembalasan berdasarlan apa yang telah mereka lakukan semasa diberikan peluang hidup di dunia. Yang pasti ajal maut seseorang berada di dalam catatan malaikat yang apabila sampai masanya nyawa manusia itu akan dicabut.

Isunya umur manusia hidup di dunia ini adalah amat terhad. Kita tidapat menambah atau mengurangkan umur yang kita miliki yang ditetapkan oleh Allah swt sebagai pencipta makhluk ini. Jangka hayat kita umat akhir zaman ini amat pendek antara lingkungan 60-70 tahun sahaja, jarang-jarang hidup lepas 80 tahun atau lebih. Sebagaina ynag kita diberitahu oleh Nabi Muhammad saw, umat Nabi Muhammad bertahan sekitar 60 hingga 70 tahun sahaja. Umur Nabi pun hnaya 63 tahun sahaja.
Sabda rasylullah saw:

Makasudnya: "Umur umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. sangat sedikit di antara mereka umurnya lebih daripda itu"
- (Hadis Riwawat At-tarmizi)

Firman Allah swt:

" Maka apabila telah tiba waktu (yhulukannya."ang ditentukan) bagi mereka tidaklah mereka dapat mengundurkan walaupun barang sesiapa pun dan tidak pula mendahulukannya"
- (An-Nahl:61)



Oleh itu dengan kurniaan umur yang singkat itu, kita sepatutnya menyegerakan untuk banyak mengerjakan amal soleh untuk dijadikan beklan di akhirat nanti , di mana ganjaran hidup di syurga akan berkekalan selama-lamanya. Kita di ingatkan supaya tidak lalai atau leka dengan kemewahan hidup di dunia yang sementara ini.

Cubalah kita renungkan apakah tujuannya manusia itu di ciptakan hidupa didunia ini. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menjadi hamabaNya atau untuk mengabdikan diri kepadaNya, yang taat serta patuh dengan, segala perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya yang bermatalamatkan untuk mendapat keredhaanNya dan untuk hidup semula kekal di dalam syurga Allah.

Selepas dimatikan kita akan dibangkitkan semula di akhirat nanti yang merupakan tempat yang kekal selama-lamanya dibandingkan hidup di dunia yang sangat singkat sekali. Firman Allah swt:

"Katakanlah (Muhammad): Kehidupan di dunia ini adalah kecil atau sedikit, sedanagkan kehidupan di akhirat itu lebih baik buat orang-orang yang bertaqwa, kerana di akhirat kelak orang ynag bertaqwa tidak akan menemui kesusahan (penganiayaan) walaupun sedikit"
-(An-Nisa: 77)

Kehidupan di dunia yang sekejap (seketika) ini telah dapat melalaikan manusia dari mengingati kehidupan di akhirat yang kekal abadi menjadikan dunia sebagai godaan dan penghalang untuk beramal merancang untuk duni akhiratnya. Sepatutntnya sebgai orang yang beriman dunia perlu dijadikan tempat atau jambatan untuk menyediakan bekalan untuk balasan di akhirat.
Jadikanlah setiap apa yang kita lakukan di dunia ini sebagai ibadah agar ia dapat menmbhakna lagi keimanna kepada Allah.

Jika sekiranya kehidupan di dunia ini tidak membawa kepada kelalian dan kelekaan serta tidak dapat melupakan kita kehidupan di akhirat, maka dunia bagi kita adalah ladang atau jambatan emas yang berharga untuk kita menuju ke negeri akhirat yang lebih kekal.

Oleh itu kita hendaklah jadikan kehidupan yang singkat di dunia ini sebagai tempat atau ladang bagi kita menyediakan segala bekalan menghadapi hari akhirat yang lebih panjang lagi berkekalan. Jika baik amalan kita, balasan baiklah yang akan kita perolehi dan banyak amalan keburukan yang kita lakukan, nescaya balasan azab dan sengsaralah kita di akhirat nanti.

Monday, July 27, 2009

Kelebihan Menyebarkan ilmu

27 Julai 2009/5 Syaaban 1430 H

Maksud hadis dari Nabi saw,

1. Dari Abu Hurairah ra, katanya, "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda;

"Barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu ilmu, lalu ia menyimpannya; yakni tidak suka menerangkan yang benar, maka ia akan diberi kendali - dimulutnya- besok pada hari kiamat dengan kendali dari neraka".

- (Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud, Termizi dan Termizi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan)

2. Dari Abu Hurairah ra pula: Rasulullah saw bersabda;

"Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dari golongan ilmu yang semestinya untuk digunakan mencari keredhaan Allah 'Azzawjala. tetapi ia mempelajarinya itu tiada lain maksunya kecuali hendak memperoleh suatu tujuan dari keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan dapat menemukan keharuman syurga pada hari kiamat." Yakni bau harumnya syurga itu tidak akan dapat dirasakannya.

- ( Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan sanad sohih)

3. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-"Ash radhiallahu 'anhuma katanaya:"Saya mendengar Rasulullah saw bersabda;

"Sesungguhnya Allah itu tidak mencabut ilmu pengetahuan dengan sekaligus pencabutan yang dicabutnya dari para manusia, tetapi Allah mencabut ruhnya para alim- ulama, sehingga apabila tidak ditinggalkannya lagi seorang alim pun di dunia ini, maka orang-orang banyak akan mengangkat para pemimpin -atau kepala-kepala pemerintahan yang bodoh-bodoh. Mereka para pemimpin dan kepala itu ditanya, lalu memberikan keterangan fatwa dengan tanpa menggunakan dasar ilmu pengetahuan. Maka akhirnya mereka itu semuanya sesat dan pula menyesatkan orang lain."
- ( Muttafaq 'alaih)

4. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallhu 'anhuma bahawasanya Nabi saw bersabda:

"Sampaikanlah kepada orang lain , ajaran yang berasal daripadaku, sekalipun hanya seayat belaka. Percakapkanlah tentang kaum Bani Israel, yakni kaum Yahudi, dan tidak ada halangan apapun. Dan barangsiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka baiklah ia menempati tempat duduknya dari neraka."
- (Riwayat Bukhari)

5. Dari Abu Hurairah ra, katanya; "Rasulullah saw bersabda:

"Apabila anak Adam, yakni manusia meninggal dunia, maka putuslah amalannya, yakni tidak dapat menambah pahalanya lagi, melainkan dari tiga macam perkara, iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanafaatannya atau anak yang soleh yang suka mendoakan untuknya."

- (Riwayat Muslim)

6. Dari Abuddarda"ra, katanya: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat itu niscayalah meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, kerana ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu. Sesungguhnya orang alim itu niscayalah dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai pun ikan-ikan yu yang ada di dalam air. Keutamman orang alim atas orang yang beribadat itu adalah seperti keutaman bulan atas bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya para alim- ulama adalah perwarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi itu tidak mewariskan dinar atau pun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bahagian yang banyak sekali."

- ( Riwawayat Abu Dawud dan Termizi)

Sunday, July 26, 2009

Keutamaan Bulan Ramadhan

Ahad 26 Julai 2009/4 Syaaban 1430 H.

Puasa itu adalah ibadat yang tersembunyi di dalam jiwa, yang dilakukan guna menahan hawa nafsu dari segala keinginan. Sedang pekerjaan menahan itu tak diketahui seorang pun selain dari Allah swt.

Di antara kelebihan ibadat puasa itu ialah:

1. Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan itu secara iman dan hanya kerana menjalankan perintah Allah semata-mata, maka diampuni Tuhan dosanya yang sudah-sudah.

Maksud hadis, "Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, beliau bersabda: " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan (dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhan Allah) diampuni Tuhan segala dosanya yang tedahulu".

2. Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turun Al- Quran. FirmanNya,

" Adapun bulan Ramadhan itu padanya diturunkan Al-Quran, akan jadi petunjuk bagi manusia dan jadi kenyataan dari petunjuk serta memperbezakan antara yang hak dan yang batil".

- (Surah Al Baqarah: 185)


3. Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu.

" Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Bila telah datang bulan ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah pintu-pintu neraka dan terbelenggulah syaitan-syaitan".

- (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim)



4. Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Tuhan, untuk Tuhan sendiri dan dia sendiri pula yang akan menentukan ganjarannya.

" Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Tiap-tiap amalan anak adam dipergandakan pahalanya antara sepeuluh sampai 700 kali, Allah 'Azza Wajalla telah berfirman:

" Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makannya kerana Aku semata-mata."


5. Bahawa di dalam bulan ramadhan itu terdapat malam qadar,iaitu malam yang tak ada bandingnya.

6. Bahawa orang-orang yang berpuasa dalam bulan itu sudah disediakan Tuhan tempatnya di dalam syurga, suatu tempat yang istimewa pintunya bernama 'Rayyan' yang tak dapat masuk ke dalam tempat itu kecuali orang yang berpuasa.

Saturday, July 25, 2009

Iman- cara memeliharanya.

Sabtu, 25 Julai, 2009/ 3 Syaaban 1430

Iman melalui proses trun naik mengikut masa dan keadan sesorang itu. Bagi mempastikan Ima itu sentiasa dalam keadaan yang stabil atau dalam keadaan beriman sepenuhnya setiap masa, kita pelu menjaga dan mempertahankan iman dari kerosakan atau runtuhnya iman.Bagi tujuan meningkatkan Iman ,ita terhadap Allah swt, Imam Ghazali memberikan beberap kaedah seperti berikut:

1. Yaqin
2. IKhlas.
3. Mengerjakan amalan sunat
4. isiqamah
5. Bertatsusila atau tertib.

Hurain.

1. Yaqin: Iaitu meyakini bahawa ke enam-enam rukun iman , tanpa sedikitpun ada syak. zan dan waham.

2. Ikhlas: Ikhlas ialah melakukan sesuatu dengan niat yang bersih dari pengaruh selain dari kerana Allh semata-mata. Oleh kerana ikhlas ini berhubung rapat denag pengetahuan Allah, hanya Allah sahaja yang mengethua sama ada sesorang itu ikhlas atau tidak.

Dalam stau hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud,

"Ikhlas adalah satu rahasia dalam rahasia-rahasiaKu. Aku titiskan ia dalam hatihamba-hambaku yang Aku kehendaki".

3. Mengerjakan amalan sunat: ASmalan sunat dapt meningkatkan iman setelahmelakukan amalan yang wajib. Melaui amalan sunat akan menambahkan lagi ganjaran pahala dan meninggikan pangkata dan darjat di syurga. Dengan amalan sunat juga dapat menjauhkan melakukan perkara-perkara ynag maksiat.

4. Istiqamah beramal: Amalan yang berterusn atau istiqamah akan dapat menetapkan iman dan dapat mendirikan benteng iman dari gangguan nafsu dan syaitan.

Sahabat bertnya kepada Rasulullah saw, "Apakah amalan yang paling disukai Allah?'
Sabda rasulullah saw, "Sebaik-baik amalan ialah amalan yang kekal (bererusan) walaupun sedikit".

5. Bertatasula atau terttib: Ia-itu beradab sopan sebagaiman di terangkan oleh Al Quran dan Rasulullah. Tanpa melakukan ibabat secvara tertib secara zahir dan batinnya, tak mungkin seseorang dapat melaksana kan dengan khusyuk atau sempurna.
difardhukan.

Semoga dengan mempunyai kaedah yang dihuraikan di atas tadi seseorang itu dapat melakukan kewajipan terhadap Allah swt, dengan bersungguh-sungguh dan penuh sabar dan dapat meninggalkan perakara yang dipengaruhi nafsu dan gejala-gejala kemaksiatan.

Friday, July 24, 2009

Tanggungjawab anak terhadap ibubapa

Jumaat, 24 Julai 2009/ 2 Syaban 1430

Berbuat baik kepada kedua ibubapa merupakan ibadat yang wajib dan kedua besarnya atau mulianya selain dari menyembah Allah swt. dari segi ajaran agama islam yang merupakan perintah secara langsung dari Allah swt. . Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amal yang paling tinggi darjatnya setelah mentahuidkan Allah swt dan menjauhi daripada menyegutukanNya . Jika kita melanggar kewajipan berbuat baik terhadap keduanya, maka kita telah melakukan dosa kerana perintah Allah swt.



Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24

Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecii."

Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

Seorang leleki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baikaku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!

Dalam satu maksud hadis yang lain, ' Kerana ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati".

Pengajarannya:

1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.

3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.

4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.

5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mebngikut keperluan dari segi perhatian terhadap mereka terutama sekirnya mereka keurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.

6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu lecil)

7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.

Menghormat kedua ibubapa sesuai engan jasa serta pengorbanan mereka melahir dan mendidikn kita sehingga kapat menikmati hidup di dunia walaupun sementara dan kemudian nya akan dapat hidup semula di akhirat dengan balasan syurga jika kita mentaati perintah-perintah yang disyariatkan kepada kita. Sifat kasih sayanga terhadap kita merupakan sifat semula jadi yang ditanamkan oleh Allah swt di dalam jiwa mereka. Di atas pengorbanan ynag besar mereka lakuikan, maka sebab itulah kita diwajibkan supaya berbuat baik terhadap mereka.

Berbuat baik terhadap kedua ibubapa meliputi bidang yang luas. Secara umumnya ialah anak-anak perlu menunaikan apa yang dianggap baik terhadap mereka berdua berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw pernah besabda":

1. " Berbakti kepada kedua ibubapa lebih utama dri solat, sedekah, puasa, haji dan jihad di jalan Allah".

2. "Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, mak Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".

3. "Keredhaan Allah di dalam keredhaan orang tua dan kebencian Allah di dalam kebencian orang tua"

(Hadis ini memberi maksud supaya kita sentiasa berusaha menyukakan hati kedua ibubapa kita dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemarahan atau berkecil hati disebabkan perbuatan yang dilakukan terhadapnya. Kerana seperti hadis Nabi di atas, terang sekali bahawa Allah swt sentiasa gembira dan murka di samping kegembiraan dan kemarahan orang tua kita.)

Menurut ajaran agama kita antara ibu dan bapa, pihak ibulah yang patut kita utamakan lebih dari pahak bapa. Sabda Rasulullah saw.

5. "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"

6. "Orang yang palin tinggi haknya kepada anak ialah ibu"

7. " Jika ibu dan bapamu memanggil kamu datanglah lebih dahulu kepada ibumu".


Begitulah besar dan mulianya kita taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita dengan mendatangkan pahala yang besar dan bahkan kita juga mendapat pelbagai ganjaran anatra lain:

1.Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amalan yang amat disukai Allah swt, yanag menyamai pahala jihad di jalan allah.

2. Memuliakan kedua ibubapa menjadi jamina dan syarat bagi kita memasuki syurga.

3. Memuliakan kedu ibu bapa menyamai pahala haji dan umrah.

4. memulikan kedua ibubapa menghasilkan keredhaan llah swt.

5. memulikana kedua ibubapa menambahkan umur yanh berkat dan memberkatkan harta dan rezeki.

6. Memuliakan kedua ibubapa akan menyebabkan kita peroleh anak-anak yang soleh dan tahu berbakti kepada kita..

Sabda Rasulullah saw.

"Berbaktilah kepada kedua ibubapamu supaya berbakti kepadamu kelak anak-anakmu"

Tuesday, July 21, 2009

Kelebihan solat

Selasa, 21 Julai 2009/28 Rejab 1430

Beberapa hadis seperti ynag dimaksudkan di bawah ini mengenai lelebihan atau fadhilat solat.Solat sebagai anugerah Allah yang paling besar, malah ia hanya disedari oleh mereka ynag telah mengecap nikmatnya. Maka itulah sebabnya Rsululah saw menyebutkan sebagai "penyejuk mataku" dan beliau menghabiskan sebahagaian besar dari malam harinya berdiri mengadap Allah swt.

1. Solat adalah julung-julng perintah yang diperntahkan oleh Allah swt dan solatlah pula julung-julung perkara yang akan disoal pada hari hisab.

2. Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutulah Allah swt dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat,

3.Solat adalah satu-satunya yang membezakan abtara iman dengan syirik.

4. Solat adalah tanda islam. Seorang yang b ersolat dengan iklas dan khusuk apabila masuk waktunya dan nenberati segala rukun-rukunnya. termasuk rukun-rukun yang mustahabah pastilah ia seorang mukmin.

5. Dari segala sesuatu yang telah diperitahkan oleh Allah swt, iman dan solat adalah yang amat ternilai. Andai kata ada apa-apa ynag lebih baik dari solat, maka Allah swt akan perintahkannya untuk para malaikatnya yang setengah-setengahnya sentiasa dalam rukuh dan yang lainnya pula dalam sujud.

6. Solat adalah tiang agama islam.

7. Solat menghinakan syaitan.

8. Solat adalah Nur bagi orang mukmin.

9. Solat adah jihad yang terbaik sekali.

10. Allah swt bermurah hati terhadap seseorang selagi dia solat.

11. Apabila sesuatu bencana turun dari atas langit orang-orang yang selalu pergi ke masjid bertebaran dan terselamat.

12. Kalau setengah dari dosa-dosa besar orang muslim itu mencampakkannya ke dalam neraka jahannam, maka api neraka itu tidak membakar baginya badannya yang telah menempuhi bumi semasa dia sujud di dalam solatnya.

13. Ap neraka telah diharamkan ke atas bagian-bagainnya badan orang yang telah menempuhi tanah dengan perasaan hina.

14. Dari segala amalan, solat ynagdikerjakan pada waktu-waktu ynag telah ditetapkan adalah yanag amat dicintai olah Allah swt.

15. Allah swt paling suka perawakan seseorang apabila dia dalam sujud, dahinya kena pada tanah dengan perasaan hina.

16. Seseorang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kepada Allah swt.

17. Solat adalah anak kunci syurga.

18. Apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu-pintu syurga dibuka dan segala tabir antara dia dengan Allah swt disingkap (asalkan dia tidak merosakkan solatnya itu dengan melakukan sesuatu yang makruh).

19. Seseorang yang bersoat adalah ibaratnya dia mengetuk pintu rumah Allah swt dan pintu itu adalah sentiasa terbuka untuk orang yang mengetuknbya.

20. Tempatnya solat di dalam islam adalah seumpama kepala pada badan.

21. Solat itu adalah Nur hati. Sesiapa yang mahu biarlah dia suluh hatinya (dengan bersolat)

22. Jika seseorang mahu dosa-dosanya diampuni oleh Allah swt , maka hendaklah dia mengambl wudhu'dengan sempuran. Solat dengan khyusu' dua atau empat rakaatsolat fardhu atau nafal dan kemudian berdoa ke hadrat Allah swt, maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya.

23. Mana-mana bumi yang di atasnya Allah swt diingati dalam solat, merasa bangga dari bumi-bumi lainnya.

24. Allah swt menerima doa' seseorang yang berdoa kepadanya setelah bersolat dua rakaat. Allah swt menggabuli apa yang dipohonkannya kadang-kadang dengan segera dankadnag-kadang terlambat sedikit (untuk kepentingannya).

25. Seseorang yang bersolat dua rakaat bersendirian dengan tidak sesiapa pun kecuali Allah swt dan malaikatnya sahaja yang melihat dia, api neraka tidak akan menyentuhinya.

Monday, July 20, 2009

Aurat Wanita

Isnin, 20 Julai 2009/27 Rejab 1430


Aurat wanita .

Adalah sangat nyata golongan wanita yang tidak mengamalkan menutup aurat seperti tidak bertudung atau berpakaian menutup badan selain dari muka dan tapak tangan, tidak dididik atau diasuh secara didikan Islam yang sangat bertentangan dan melanggar perintah Allah swt. Memang agak sukar untuk menasihati mereka ynag sudah biasa sepertimeamkai gaun pendek, seluar jean, baju T berlengan pendek, bertudung tapi menmpakkan rambut dan seumpamanya,dan yang mendedahkan tubuh badan kepada awam.

Walau bagaimana pun sekiranya mereka telah diberitahu dengan larangan mendedahkan aurat ini semasa kecil atau di masa persekolahan mereka, mereka sepatutnynya mematuhi larangan Allah yang menyebabkan dosa di sisi Allah swt. Di mana ynag terdapat dan mungkin dapat diberikan kesedaran, sama-sama lah kita inegat memperingati tentang laranag ini sebagaimana yang di terangkan dalam al Quran.




Hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu.

Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh.

Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, berikut ini beberapa Nas yang berkaitan dengan kewajipan menutup aurat bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.

1. Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

2. Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

3. Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).

Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Sunday, July 19, 2009

Diperlihat Syurga atau Neraka ketika sakaratul maut

Ahad, 19 Julai 2009/26 Rejab 1430

Waktu manusia dalam sakaratul maut, Allah memperlihatkan keredhaanNya atau kemurkaanNya, yang berupa syurga atau neraka. Keredhaan bagi orang yang matinya mati bahagia mendapat keampunan daripadaNya. Kemurkaan bagi orang matinya mati celaka, mendapat kemarahan dan kebencian Allah, kerana perbuatan derhakanya selagi ia hidup di dunia.

Maksud hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim, dari Ubadah bin Shamir ra dari Nabi saw bersabda: Orang mukmin, bila ia telah mendekati mati , ia diberi kegembiraan dengan memperlihatkan keredhaan Allah. Maka tidaklah sesuatu yang lebih disukainya, selain dari apa yang ada di depannya itu. Maka ia pun suka menjumpai Allah, dan Allah pun suka pula menjumpainya. Dan sesungguhnya orang kafir , bila ia telah mendakat mati, ia diberi gembira dengan azab dan siksaan Allah. Maka tidaklah sesuatu yang lebih dibencinya selain apa yang ada di depannya itu. Maka ia benci menjumpai Allah dan Allah benci pula menjumpainya".

- (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 16, 2009

Anjuran menyegerakan perkahwinan

Khamis, 16 Julai 2009/23 Rejab 1430.

Rasulullah saw bersaba: Maksudnya,

"Wahai para pemuda, siapa di antara kamu yang telah sanggup untuk menikah. hendaklah ia menikah, kerana pernikahan itu lebih dapat memlihara pandangan dan memelihara kemaluan, tetapi barang siapa yang belum sanggup, hendaklah ia melakukan puasa, kerana puasa itu merupakan penyelamat bagi dirinya".

Rasulullah saw telah menganjurkan kepada setiap oranag agar supaya berkahwin, kerana dengan perkahwinan itu akan dapat memklihara dirinya daripada perbuatan zina.

Orang yang berkawin akan dapat menjaga pandangannya dari perkara-pekara yang terlarang seperti memandang perempuan dengan syahwat dan boleh mendatangkan angkara yang membawa kepada zina.

Dengan perkahwinan juga seseorang itu dapat menyalurkan tuntuan batinnya secara halal dan dapat mengelakkan dirinya daripada perbuatan zina yanag merupakan dosa besar di sisi Allah swt.

Bagi seseorang yang belum mampu untuk menanggung nafkah hidup berkeluarga , Rasulullah saw menganjurkan supaya ia berpuasa sebagai cara yang terbaik baginya, iaitu puasa sunat yang telah diatur dalam syariat Islam. Dengan berpuasa sunat dengan niat yang ikhlas kerana mengikut perintah Islam dengan mencari keredhan Allah swt, akan dapat mencegah dorongan nafsu syahwat yang tidak baik yang mungkiun tidak dapat dikawal dengan, melakukukan zina yang dikutuk itu.

Perkahwinan juga memberikan kebaikan kepada pasangan ynag berkahwin iaitu lelaki danawanita supaya dapat mengikat hubungan kasih sayang dan percintaan secara baik, tenteram dan diberkati Allah swt, dengan melakukan syariat yang mulia di sisi Allah swt.

Dalam hubungan ini Rasulullah saw telah bersabda, "Kami tidak pernah melihat dua orang yang saling mencintai sebaikmcinta dalam pernikahan".

Hadi sini dpat dijadikan bukti pedoman iaitu hubungna saling mencintai antara seseorangwanita dengan seseorang lelaki tidak akan dapat dilakukan sebaik dalam hubungna perkahwinan.

Wednesday, July 15, 2009

Tentang kejadian manusia

Rabu, 15 Julai 2009, 22Rejab 1430.

Sabda Rasulullah saw, Maksudnya, " Dari Abu Abdul Rahman bin Mas'ud katanya. "Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah saw, dan ia benar lagi dibenarkan.

Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannyya dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu kemudian menjadi segumpal daging sperti yang demikian juga iaitu 400 hari kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan ruh padanya dan diperintahkan menuliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagiannya.

Maka demi Allah ynag tiada Tuhan selainnya. sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia mengerjakan pula dengan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalamnya.

Dan sesungguhnya salah seorang kamu memgerjakan dengan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya keyterntuan tulisan lalu diapun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya"
-Riwayat Bukhari dan Muslim.

1. Setelah ditiupkan roh oleh malaikat semasa berada di dalam kandunga ibunya. Mka adiperintahkan pula oleh Allah kepada malaikat supaya dituliskan empat kalimah tentang rezekinya , amalanya, umurnya dan kesudahan ajalnya sama ada bahagia atau celaka.

2. Namun perkara ini adalah menjadi rahasi Allah dan kita tidak mengertahui berapa banyak rezeki kita, berapa panjang umur kita dan bagaimanakah kesudahan kita nanti.Apa ynag seharusny kita lakukan ilah berusaha sedaya upaya untuk menjadi seorang hamba yang mennaikan segala perintah Allah dengan sempurna,

3. Allah jadikan manusia daripada setiis air mani. Stelah 40 hari Allah mengolahkannya menjadi segumpal darah setelah 40 hari pula Allah Allah menjadikanya segumpal daging dan setelah 40 hari kemudian Allah menjadikan pula kerangka yang disalut dengan daging, urat-urat saraf, jantung, hatu, usus, jantian, mata, telinga, hidung. mulutkaki tangan dan lain-lain anggota badan. Setelah semua anggota sudah terbukti menjadi seorang manusia maka ditiupkan pula ruh. Melalui ruh ini manusia itu dapat bergerak dan benafas. Kemudian lahirlah manusia ke dunia ini dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.


Firman Allah yang bermaksud. "Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa sedangkan dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut.Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari stitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) dan kerana itu kami menjadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus ada yang bersyukur dan ada yang kafir"
( - Al-Insan: 1-3)

1. Semasa di dalam kandungan hanya Allah sahaja yang menjaga dan memberi rezeki kepada kita iaitu semasa berada di dalam perut ibu.

2. Kelahiran manusia ke dunia ini adalah dengan kehendak dan kemahuanNya bukan kerana dengan kehendak manusia. Kita tidak berupaya memaksa Allah supaya melahir dan menghidupkan kita. Allah yang menentukan selama mana ia akan dihidupkan di dunia ini dan kemudian Allahlah juga yang akan menentukan pula bila dia akan mati untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

3. Kejadian manusia yang sebegini indah dan sempurna adalah contoh yang terbaik untuk kita mengkaji dan memikirkannya dengan berteraskan kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah tentang keagunganNya.

Tuesday, July 14, 2009

Membersihkan diri daripada sifat Mazmumah

Selasa, 14 Julai 2009/21 Rejab 1430H

Dari segi zahirnya kita dengan mudah menjaga kebersihan tubuh badan pakaian atau tempat tinggal dari kekotoran yang boleh membawa kepada penyakit dan menganggu kehidupan harian.Tetapi adalah amat sukar mengawasi akhlak dan hati kita daripada melakukan maksiat terhadap Allah swt. Sebagai orang Islam kita mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan jiwa atau rohani kita daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela) seperti hasad dengki, ujub, riak, takbur, caci mencaci, fitnahj memfitnah, mengumpat, menghina orang lain, derhakan kepada ibu bapa, emninggalkan solat dan seumpamanya yang jelas bertentangan dengan ajaran agama dan budaya hidup manusia.

Mtlamat kita ialah untuk melaksana perintah allah dengan melakukan kenbbaikan dan meninjauhkan perkara yang ditegah, supaya kita mendapat ganjaran dan keredhaan Allah swt dengan balasan syurga di akhirat nanti. Oleh itu kita perlulah berusaha pada seiap masa tiadak lari dari tuntutan agama yang melaranag kita melakukan amalan ynag bersifat mazmumah seperti di sebutkan di atas tadi. Kita hendakjlah berusahan membersihakan dirikita dari pada sifat-sifat keji yang boleh membawa kepada kerosakan akhlak dan jiwa kita yang akan menjerumuskan kita kepada kehinaan hidup di dunia dan kahirat, kerana maksiat dan dosa sama ada zahir atu batin akan menghalang kit adipada menjadi seorang hamba ynag taat melaksanakn perintah Allah.

Sabda Rasulullah saw.

"Jika seorang mukmin jika ia berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya senoktah titik warna hitam.Dan jika dia menyedari akan kesalahan dan dosanya itu, jika dia bertaubat dan berisghfar maka hatinya akan kembali menjadi putuh bersih. Jika ditambah pula degan dosa lain, noktah itu akan bertambah menutup hatinya. Inilah yang disebutkan oleh Allah: Sungguh telah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka sendiri".

- (H.R. Al-Hakim, Tarmizi, An-Nasi dan Ibnmu Majah dari abu Hu7rairah)

Thursday, July 9, 2009

Kewajipan berzakat

KHAMIS, 09 JULAI 2009/ 15 REJAB 1430 H,

Zakat ertinya kesucian dan kebersihan. Menurut istilah syarak ialah, mengeluakan sebahagian harta atau bahan makanan yang utama mernurut ketentuan dan ukuran yang ditentukan oleh syarak. Zakat mulai disyariatkan pada tahun ke 11 H. Adapun harta yang dikenakan zakat itu terdiri dari:

1. Binatang-binatang ternakan spt sapi, kerbau. lembu, kambing, biri-biri dan kibas.
2.tanam-tanaman dan buah-buahan yang menyengangkan misalnya padi, jagung, gandum, tamar dll.
3. Emas dan perak
4. Harta benda perdagangan.

Zakat boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

1. Zakat harta- zakat ini hanya wajib di atas orang yang kaya sahaja. Zakat harta ialah mengeluarkan sebahagian harta menurut ukuran yang tertentu, bila harta itu telah sampai nisabnya, kepada lapan golongan iaitu:

1. Orang fakir
2. Oranag miskin
3. Amil
4. Mualaf
5. Hamba
6. Orang ynag berhutang banyak
7. Yang maksud dengan sabillilah.
8. Orang musafir


Hadis menyatakan:

"Dari Ibnu Abbas r.a, Bahawasanya Nabi saw, telah mngutus Muaz ke Yaman, lalu beliau berkata:
Ajaklah mereka kepada pengakuan, bahawa tiada ada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Aku Rasulullah. Maka jika mereka telah mentaatinya yang demikian itu, maka beritahukan kepada mereka, bahawa Allah mewajibkan solat lima kali sehari semalam di atas mereka. Maka jika mereka telah mentaati pula yang demikan itu, beritahukan pula kepada mereka, bahawa Allah telah mewajibkan zakat di atas mereka, yang dipungut dari orang kaya mereka, dan diberikan kepada orang-orang miskin mereka".
-( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

2. Zakat fitrah - Zakat fitrah dinamakan juga zakat diri, ertinya zakat untuk mesucikan badan atau jiwa. Zakat fitrah dikeluarkan sebahagain dari makanan ynag utama menurut ukuran ynag ditentukan oleh agama, ynag diwajibkan di atas tiap-tiap seseorang, baik kaya mahu pun miskin, lelaki dan perempuan, tua atau muda sesudah selesai mengerjakan puasa Ramadhan triap-tiap tahun.

Firman Allah swt. Maksudnya, "Ambillah (Ya Muhammad) sebahagian harta mereka untuk dijadikan zakat, guna mensucikan mereka dan pembersihan mereka".-( Surah At Taubah: 102)

Hadis Nabi saw, yang bermaksud, "Dari Ibnu Umar berkata: Telah diwajibkan oleh Rasulullah saw zakat fitrah di bulan Ramadhan atas setiap orang, satu gantang tamar".
- (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Tuesday, July 7, 2009

Kurnia Allah Yang terbesar.

Selasa, 7 Julai 2009/14 Rejab 1430 H.


Kurnia Allah Yang terbesar.

Sebagai seorang Muslim kita wajib bersyukur di atas pengurniaan Allah kepada kita kerana dikurniakan kepada kita agama Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw kepada kita. Allah sendiri telah mengakui Islam sebagai kurniaNya yang terbesar yang diberikan kepada hamba-hambaNya, sebagaimana yang di firmakan di dalam Al Quran,

"Pada hari ini, telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuridhai Islam itu agama bagimu"

-( Al-Maidah 5:3)

Oleh itu semestinya kita bersyukur dan berterima kasih di atas pengurniaan tersebut dan menjadi kewajipan kita pula unmtuk melaksanakan segla perintah yang diwajibkan untuk kita mematuhhinya melallui RasulNyha Muhammad saw.

Seorang muslim ialah apabila ia menerima Islam sebagai agamanya. Muslim bukan harta yang diterima secara keturunan begitu sahaja, tetapi suatu harta yang perlu diperolehi dan diamalkan secara sedar atau usaha. Jika dilakukan dengan usaha untuk memperolehinya, maka kita akan memperolehinya. Sebaliknya jika kita mengambil tidak peduli kepadanya, ia akan dicabut dari diri kita, Na'uzu billah min zalik.

Bila kita seorang Muslim bererti kita mempunyai penuh keedaran dan kesengajaan menerima apa ynag telah diajarkan oleh Rasulullah swa, dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut.

Adalah jelas difahamkan Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan agama tersebut. Oleh itu adalah menjadi keawjipan seorang Muslim belajar ilmu fardhu ain untuk mengamalkan islam supaya tidak sekadar islam sebahagian keturunan sahaja, tanpa bekalan ilmu pengetahuan sebgaimaan yang dibawa oleh Rasulullah saw. Dengan itu pelajarilah agama islamm itu dengan pengethauan ynag memungkinkan untuk memahami perkara yang dikatakan fardhu ain bagai memahami asas ajaran islam mengikut al quran dan as sunnah Rasulullah saw.

Setiap muslim harus memahami benar aturan hidup yang benar dan meninggalkan perkara-perkara yang batil. Ia harus juga memahami dengan baik cara hidup khusus yang telah dietatapkan oleh Allah swt, bagi orang muslim. Dalam hal ini seorang muslim mestilah melapangkan masanya untuk mempelajari agama islam seperti melalui sekolah bagi kanak-kanak, surau atau masjid dan daripada guru agama bagi orana dewasa yang tidak berkesempatan belajar agama semasa kanak-kanak dulu. Apabila pegangan iman sudah sebati, belajar agama serta mengamalkannya itu tidak lagi menjadi kesulitan baginya.

Monday, July 6, 2009

Kelebihan/Pahala solat berjemaah

Isnin. 6 Julai 2009/13 Rejab 1430.

Pahala solat berjemaah.

Ramai orang yang taat melakukan solat di rumah atau secara berseorangan di rumah, tetapi tidak menyedari kelebihan gajaran pahala yang diberolehi bersolat jemaah di masjid/surau. Besolat jemaah itu adalah dua puluh tujuh kali lebih banyak derajat pahala yang dikurniakan Allah.Sewajarnyalah ganjaran yang berlipat ganda itu tidak patut dilepaskan dengan sia-sia bagi orang yang mengharapkan keridhaan Allah swt, dengan hanya berusaha melakukan lebih sedikit.Oleh itu marilah sama-sama kita merebut keuntungan-keuntungan yang dijanjikan Allah swt,di akhirat nanti. Janganlah hendaknya kita dilalaikan dengan tidak solat berjemaah seperti di masjid atau surau yang berhampiran dengan rumah kita.

Kelebihan solat berjemaah sebagimana yang disabdkan oleh Rasulullah saw,

Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah saw bersabda, " Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian"

- (Riwayat Malik Wal Bukhar i Wa Muslim Wattarmizi)

Dalam satu hadis yang lain abu hurairah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Nabi Muhammad saw bersabda, "Solat dengan berjemaah adala 25 kali lebih utama dari solat di rumah atau di kedai. ini adalah kerana apabila seorang hendak solat maka setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa. Kalau dia ber'iktikaf pula dalam masjid degan ada wudhu selepas selesai solat, para malaikat berdoa ke hadrat Allah swt memohon ampun untuknya. Dan selagi dia ber'iktikaf menunggu solat, dia terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sibuk bersolat."

(Riwayat Al Bukahri, Muslim, Abu Daud , Tarmizi,Ibn Majah)

Keterangan:

1. Peselisihan derajat dari 25 ke 27 ini adalah kerana perselisihan ikhlas dalam diri perseorangan.

2. Dalam solat Sri ( yakni zuhur dan asar) ia adalah 25 kali, manakala bagi solat jahri ( solat subuh, maghrib dan isyak) ia adalah 27 kali.

3.Pada mula ia adalah 25 kali, tetapi selepas itu Allah swt sebagai satu anugerah kepada aumat Muhammad saw menambahkan pahala itu menjadi 27 kali.

Rasulullah saw telah juga menjelaskan kepada kita bahawa betapa pahala atau rahmat Allah swt, itu terus bertambah-tanmbah bagi seorang yang lepas berwudhu, keluar dari rumah dengan niat semata-mata hendak solat dengan berjemaah di masjid, setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan juga menghapuskan satu dosa.

Disebut dalamm hadis lain yang bermaksud, bahawa seorang yang menambil wudhu di rumah,kemudian keluar dari rumahnya ke masjid adalah seumpama seorang yang selepas memakai ihram di rumahnya, keluar untuk mengerjakan fardhu haji.

Di dalam hadis di atas dijelaskan iaitu selagi seseorang itu beriktikaf di dalam masjid selepas selesai solat, para malaikat berdoa memohon ampun dan rahmat untuknya. Malaikat-malaikat adalah makhluk Allah swt yang maksum, jadi kesannya doa mereka itu ternyata makbul di sisi Allah swt.

Semasa selepas bacaan fatihah dan lafaz Amin selepas imam itu, malaikat sama-sama berkata amin. Allah mengampunkan dosa yang lampau bagi orang yang aminya serentak bersma dengan para malaikat. Inilah berkat berjemaah yang tidak didapati solat secara bersendirian.

Dalam hadis yang lain,

Dari Abu Hurairah ra katanya:"Rasulullah saw bersabda:"Solatnya seseorang lelaki dalam jamaah itu dilipatgandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara sendirian-munfarid- atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali lipatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana bahawasanya apabila seseorang itu berwudhu' lalu memperbaguskan cara wudhu'nya, kemudian keluar ke masjid, sedang tidak ada yang menyebabkan keluarnya itu melainkan kerana hendak bersolat, maka tidaklah ia melangkah sekali langkah, melainkan dinaikkanlah untuknya sederjat dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan. Selanjutnya apabila ia bersolat, maka para malaikat itu sentiasa mendoakan untuknya supaya ia memperoleh kerahmatan Allah, selama masih tetap berada di tempat solatnya, juga selama ia tidak berhadas. Ucapan malaikat itu ialah, "Ya Allah, berikahlah kerahmatan pada orang itu; Ya Allah, belaskasihanlah ia". Orang tersebut dianggap berada dalam solat, selama ia menantikan solat jeamah".
- (Muttafaq alaih)


----------------------------------------------------------------------------------

Selasa 7 Julai 2009/14 Rejab 1430,

Sunday, July 5, 2009

Jalan menuju keridhaan Islam

Ahad, 5 julai 2009/12 Rejab 1430H

Jalan Menuju Keridhaan Islam.

Firman Allah swt yang bermaksud,


"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cinta, Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". (Ali 'Imran 3:92)

Kebesaran Islam yang sebenar terletak pada prinsip bahawa apa pun yang anda cintai mestilah anda korbankan untuk Allah. Anda tentu tahu bahawa dalam semua urusan hidup anda, Allah mengajak anda kepada satu matlamat sedangkan anda sendiri mengajak ke arah lain.

Allah menyuruh anda mengerjakan satu perbuatan,tapi nafs (diri) memujuk agar anda tidak mengerjakannaya dengan menyatakan bahawa pekerjaan itu akan mendatangkan kesulitan dan kerugian.

Allah melarang anda mengerjakan sesuatu, tapi nafs (diri) memujuk anda agar tidak mengerjakannnya dengan menyatakan bahawa pekerjaan itu akan mendatangkan kesenangn dan keberuntungan.

Di satu pihak terdapat keridhaan Allah, sedangkan di lain pihak adalah kesenangan dan kepuasan diri. Di sebaliknya itu ialah jalan kufr dan kemunafikan.Seseorang yang melarikan dirinya dari pujukan dunia dan tunduk patuh pada perintah-perintah Allah adalah orang-orang yang telah memilih jalan Islam.

FirmanNya lagi:

"Katakanlah: " Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah. Tuhan Semesta alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)"
- (Al-An'am 6: 162-163)

Huraian;

1. Yang dituntut dalam islam ialah bahawa manusia hendaklah mepersembahkan seluruh kerja amalaya , hidup dan matinya semata-mata untuk Allah. Tidak membahagi-bahagikan hal Allah dalam hal ini dengan yang lain.

2. Apa yang dilakukan ialah dengan niat semata-mata untuk mencari keridhaan Allah, dan dilakukan menurut aturan-aturan yang telah digariskanNya.Tanpa niat kerana Allah tidaklah dikatakan sempurna imannya.

3.Yang penting ialah pengakuan pengabdian diri kepada Allah yang sejati iaitu peneguhan dalam hati dan diikuti dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah dari segi hidupnya, matinya , kesetiaanynya, kepatuhannya dan peghambaan, pendeknya seluruh hidup dan kerjanya ditujukan kepada Allah atau kerana Allah.

Wednesday, July 1, 2009

Agama Mudah dan Senang

Rabu, 1 Julai 2009/8 Rejab 1430

Terjemahan Hadis Sahih Imam Al-Bukhari, Hadis 6.

Dari Abi Hurairah r.a ia berkata. Bersabda Rasulullah saw, " Bahawa Agama itu mudah dan tiada menyusahkan (membaratkan) akan agama oleh seseorang melainkan dikalahkandia,kerana ini hendaklah kamu akan dan hendaklah kamu sederhanakan, dan hendaklah kamu gembirakan dan hendaklah kamu minta pertolongan di waktu pagi dan petang dan satu bahagian daripada akhir malam".

Huraian:

1. Agama Islam adalah mudah dari segi petunjuknya serta amalannya. Jika sengaja menyusah-nyusahkan serta melamlapau akan menemui kekeciwaan. Seperti mengerjakan yang sunat secara melampau dalam puasa dan solat. Akibatnya merasa jemu atau kesihatan terganggu dan melemahkan semangat untuk terus beramal.

2. Agama Islam itu senang dalam ertikata, hukum dan peraturan serta ajarannya telah sedia diaturkan dengan baik dan mudah serta senang untuk mengerjakannya sepanjang umur hidupnaya. Oleh itu Rasulllah saw menyuruh umatnya:

a) Betul jujur di dalam segala amalan menurut yang diaturkan.

b) Bersederhana di dalam amalan, supaya terpelihara daripada perasaan jemu dan bosan

c) Sentiasa bergembeira dengan harapan mendapat balasan Allah setelah dikerjakan amal-amal kebajikan itu sebagaiman kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

d) Di samping itu hendaklaah kita memohon pertolongan Allah dalam mengerjakan amalan dan ketaatan mengikut amalan wajib dan sunatnya.