Monday, June 29, 2009

Isra' dan mikraj

Isnin 29 Jun 2009/6 Rejab 1430 H.

Umat Islam menyambut peringatan ulangtahun peristiwa Isra' dan Mikraj bila menjelang 27 rejab setiap tahun dengan mengadakan majlis kesyukuran dan majlis ilmu dengan berkumpul di majlis-majlis di Masjid, surau atau di mana tempat perhimpunan dengan mnejemput penceramah untuk memberikan penerangan dengan kepentingan peristiwa serta pengajaran yang dapat diperolehi dari peristiwa tersebut. Semoga dengan penerangan-penerangan berkaitan dengan peristiwa dapat mengukuhkan lagi keimanan kita terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah serta kebesaran mukjizat Rasulullah saw.

Peristiwa Isra'dan Mikraj ini berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Rasulullah saw, berhijrah ke Madinah,(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Isra' dan Mikraj adalah satu-satunya peristiwa terpenting di dalam Islam dan sehingga kini pun kaun muslimin masih terus merayakan serta menganggapkannya sebagai suatu kurniaan Allah swt, kapada Rasulnya yang sudah sepatutnya mendapat pujian dan penghargaan.


Selain dari peristiwa yang bersejarah tersebut dan peristiiwa yang dirakam di dalam Quran adalah sesuatu yang agung dan amat penting, yang membuktikan keagungan Allah swt dan beberapa gambaran kebesaranNya adalah merupakan tanda-tanda dan bukti-bukti yang besar belaka.

(Lihat Surah Al Isra":1) yang bermaksud:


"Maha Suci Tuhan yang telah meemperjalankan hambaNya pada malam hari, dari masjid al Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah akmai berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan ayat-ayat Kami kepadanya. Bhawasanya Dialah yang mendengar lagi melihat"

Selain daripada peristiwa sejarah yang besar dalam Islam, yang lebih penting ialah untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.

Peristiwa Isra' dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Isra' dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Isra' dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Rasulullah saw.




Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah saw telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah saw akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.



§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Abu Bakar ditanya oleh perutusan kaum quraisy;

"Dapatkah ehgkau , membenarkan Muhammad yang menatakan bahawa dia dibawa malam tadi pergi ke Baitul-M uqadis,dan dari sana diia naik ke angit, dan kemudian malam itu juga kembali ke mekah?"

Pertanyaan itu dijawab oleh abu bakar dengan yakindan tegas sehingga mereka tercenggang mendengarnya. Abu Bakar berkata, 'Kalau memang dia berkata demikian, benarlah dia"

Tanya mereka lagi, "Apa engkau benarkankah, hai Abu Bakar, perkataanya yang demikian?"

"Ya saya benarkan, bahkan saya membenarkan yang lebih lagi dari yang demikian, iaitu wahyu yang diturunkan kepadanya dari langit."



Huraian:

1. Isra' dan mikraj berlaku ke atas Rasulullah saw, dengan ruh dan jasad sekali. tak mustahil bagi Allah yang Maha kuasa melakukannya, sebagaimana di dalam Quran terdapat ayat-ayat yang menggambarkan suatu kejadian yang hampir serupa dengan peristiwa Isra'. (Lihat Surah An Nami:38-40) Ayat-ayat tersebut menegaskan bahawa singgahsana Raja Balqis telah dipindahkan sebegitu jauh dari Negeri Yaman ke Palestin dalam sekelip mata saja.

Andainya kita telah beriman dengan kejadian ini, maka apakah yang menghalang kita mengimani pemindahan Rasulullah saw, ke mana saja yang dikehendakiNya tanpa melibatkan ukuran kebendaaan atau ukuran masa dan tempat?

Sunday, June 28, 2009

Jauhi syubuhat

Ahad, 28 Jun 2009.

Jauhilah Syubuhat.


Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir radhiallhu 'anhuma, beliau berkata:"Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan antara keduanya ada hal-hal yang syubuhat (samar-samar), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. maka barangsiapa menjaga dirinya dari hal-hal yang syubuhat tersebut, maka bererti ia telah menyelamtakan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan hal-hal yang syubuhat tersebut, maka ia terperangkap dalam haram ibarat pengembala yang bergembala di sekitar kawasan larangan, lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja memiliki kawasan larangan (yang tidak boleh didekati). Ingatlah bahawa kawasan Allah adalah apa-apa yang diharamkannya.

Ingatlah bahawa dalam jasad setiap orang itu ada segumpal daging, jika ia baik, baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak, rosaklah seluruh jasadnya, Ingatlah! Dia itu adalah hati'"

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Friday, June 26, 2009

Bertaubat dan mohon keampunan kepada Allah swt

Jumaat, 26 Jun 2009/2 Rejab 1430


Manusia tak banyak sedikit tentu saja melakukan dosa semasa dalam perjalanan hidunpnya di dunia ini. Adalah menjadi kewajipan kita supaya memohon keampunan di atas dosa-dosa yang dilakukan. Tidak sekali-kali seorang Islam berputus asa dengan janji Tuhan yang akan mengampunkan dosa-dosa kita selagi kita tidak berlaki syirik terhadapnya. Allah yang dikenali dengan sifat Maha Penyayang dan Maha Pengasih serta jua Maha Pengampun akan memberi keampunan kepada mereka yang memohon keampunan kepadaNya. Liihatlah seperti hadis ynag diturunkan di bawah ini, bagaimana Allah yang besifat pengampun itu boleh mengampunkan kesalahan ynag dilakukan oleh hamba-hambanya. Oleh itu bersegeralah bertaubat dan berharapkan dengan penuh harapan kepada Allah SWT, agar dosa-dosa kita diampunkan.

Dari Anas r.a beliau bekata: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda,:"Allah berfirman, Wahai anak Adam, selagi engku meminta dan berharap daripadaKu, maka Aku akan ampunkan semua (dosa) mu yang telah lalu dan Aku tidak peduli.

Wahai anak Adam, seandainya dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada Ku, niscaya Aku memberikan keampunan kepadamu.

Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi, dan engkau tidak menyekutuka Aku dengan yang lain, niscaya Aku akan datang kepadaMu dengan (memberikan) ampunan sepenuh (bumi pula)".

Riwayat oleh Imam Tirmizi dan ia berkata: "Hadis haan sahih"




Kasih/ Cinta kepada Rasulullah.


Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.

Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda, Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka.

(riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)

Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Melihat nas-nas yang jelas di atas, apakah patut kita masih ragu-ragu atau lemah dalam berusaha membalas cinta kekasih yang unggul ini? Bijakkah kita jika masih menjulang cinta dunia melebihi cinta kita terhadap Nabi SAW?



Semoga Allah SWT dengan limpahan rahmat-Nya, berkenan menganugerahkan kita dengan cinta-Nya, cinta Rasul-Nya, dan menyubur-mekar dalam sanubari kita cinta tulus terhadap Rasulullah SAW sebagaimana yang selayak dan sewajarnya cinta suatu umat yang mulia kepada Nabinya yang agung, SAW. Wallahu a’lam.

Jauhilah Syubuhat.


Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir radhiallhu 'anhuma, beliau berkata:"Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan antara keduanya ada hal-hal yang syubuhat (samar-samar), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. maka barangsiapa menjaga dirinya dari hal-hal yang syubuhat tersebut, maka bererti ia telah menyelamtakan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan hal-hal yang syubuhat tersebut, maka ia terperangkap dalam haram ibarat pengembala yang bergembala di sekitar kawasan larangan, lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja memiliki kawasan larangan (yang tidak boleh didekati). Ingatlah bahawa kawasan Allah adalah apa-apa yang diharamkannya.

Ingatlah bahawa dalam jasad setiap orang itu ada segumpal daging, jika ia baik, baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak, rosaklah seluruh jasadnya, Ingatlah! Dia itu adalah hati'"

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Thursday, June 25, 2009

Kewajipan bersedekah

Khamis, 25 Jun 2009,

Sedekah mempunyai maksud yang amat luas. aslakan ianya amnalan yang ikhlas dan berupa kebaikan untuk diri sendiri dan juga sesamama manusia dan makhluk yang lain.


Dari Abu Musa al'Asy'ari r.a. katanya, Nabi saw berkata: "Setiap orang Islam berkewajipan bersedekah". Para sahabat bertanya: "Kalau tidak ada apa-apa?". Rasulullah menjawab,"Ia berusaha dengan kedua tangannya, lalu ia mendapat manfaat bagi dirinya dan ia bersedekah".

Mereka bertanya. "Kalau ia tidaka sanggupa atau tidak melalkukannya?".
rasul menjawab,"Ia membantu oarang yang menderita dan memerlukan bantuan"

Mereka bertanya, "Kalau tidak dilakukannya?"
Rasul menjawab,"Ia menyuruh melakukan kebaikan"

Mereka bertanya,"kalau ia tidak melakukannya?"

BELIAU MENJAWAB,"IA MENAHAN DIRI UNTUK TIDAK MELAKUKAN KEJAHATAN. ITU BERARTI SEDEKAH BAGINYA"

............SAHIH BUKHARI