Tuesday, March 31, 2009

Lima makasiat Ynag Disegerakan balasannya.

Selasa, 31 Mac 2009.

Maksud hadis yang ertinya, " Daripada Ibn Umar r.a berkata: Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda, "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibala'kan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kami, dan aku berlindung dengan Allah swt, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada satu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belaum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.


2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibala'kan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangnan pemimpin mereka.

3.Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binantnag (yang hidup di pernmukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.


4.Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.


5.Dan apavila pemnimpin-pempimpin mereka tidak melakssnakan hukuym Allah yang terkandung dalam al Quran dan tidak mahu mernjadikan sebagai pilihan, maka 9disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"

.........HR: Ibn Hajah

Monday, March 30, 2009

Solat berjemaah melebihi 20 derajat

Isnin 30 Mac 2009

Dari Abu Hurairah ra katanya: "Bersabda Rasulullah saw: Pahala sembahyang seorang berjemaah melebihi dua puluh derajat lebih dari pahala sembahyang menyendiri yang dilakukan di rumah atau tempat lain sebabnya kerana apabila ia mengambil wudhu' dengan sempurna, kemudian ia datang ke masjid hanya semata-mata untuk sembahyang, maka tiap-tiap langkah yang dilangkahkahknnya, meninggikan sederajat dan menghapuskan satu kesalahan, dan duduk di masjid menanti sembahyang, pahalanya seperti sembahyang, sedang malaikat mendoakan tiap-tiap orang itu semasa ia masih berada di masjid/majlis tempatnya sembahyang. Malaikat berdoa, "Ya Allah! berilah ia rahmat: Ya Allah! ampunilah, Ya Allah berkatilah dia, selama belum batal wudhu'nya".

.....HR: Sohih Muslim

Sunday, March 29, 2009

Mengeluarkan zakat

Ahad, 29 Mac 2009.

Zakat adalah rukun Islam yang ketiga. Perkataan zakat mengiringi perkataan solat dalam 82 ayat al Quran. Orang-orang Islam digalakkan supaya bekerja mencari rezeki yang halal sebanyak mungkin, kemudian wajib mengeluarkan zakat dan membelanjakan hartanya di jalan Allah. Zakat ialah sebahagian harta yang tertentu yang dikenakan atas harta benda yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Dalam sebuah negara Islam tugas mengambil dan menguruskan pembahagian zakat ialah pihak pemerintah.

Firman Allah swt, "Ambillah sebahagian dari harta benda mereka sebagai sedekah (zakat) yang membersihkan dan menyucikanya dan berdoalah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu (Muhammad) mendatangkan ketenangan kepada mereka"

....At-Taubah:103

Dan FirmanNya, "Dan pada harta benda mereka ada hak bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian (yang tidak meminta)"

.......Az-Zariat: 19

"Sesungguhnya akat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, Pekerja-pekerja zakat, para muallaf yang dipujuk hati mereka untuk (memerdekakan) hamba, orang -orang yang terhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedanag dalam perjalanan (musafir), sebagai satu ketetapan yang diwajibkan Allah: dan Allah Maha mengetahyui lagi Maha Bijaksana."

Saturday, March 28, 2009

ilmu Agama beransur-ansur kurang

Sabtu., 28 Mac 2009.

Maksud hadis, daripada Abdullah bin Umar bin Al as ra berkata: Aku medengar Rasulullah saw bersabda, "Bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan mematikan Alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan Alim Ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.Maka apabila pemmpin jahil itu ditanya,mereka akan berfatua tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
......HR Muslim.

Friday, March 27, 2009

Penyakit Umat-umat dahulu

Jumaat, 27 mac 2009

Maksud hadis, Daripada Abu Hurairah ra katanya, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ,"Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? Nabi saw menjawab, "Penyakait itu ialah 1. Terlalu banyak seronok 2. Terlalu mewah 3 Menghimpun harta sebanyak mungkin 4. Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia 5.Saling memarahi 6. Hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalim"

...........HR Hakim

Thursday, March 26, 2009

Amal di dunia akan menerima balasan di akhirat

Amal di dunia akan menerima balasan di akhirat
Khamis 26 Mac 2009

Segala Amal dihitung dan disempurnakan.

Semasa hidup di dunia ini kita dituntut melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia sebagaimana yang dipertintah kan oleh Allah swt melaluiu Rasulnya sesuai dengan syariatnya sama ada hubungan dengan Allah atau sesama manusia.

Segala amal manusia di dunia akan dihitung atau dihisabkan Allh swt satu persatunya sama ada yang baik atau yang jahat. Kemudian Allah akan menyempurnakan balasannya kepada mereka, dan mereka akan menerima dan merasanya.

Oleh itu barangsiapa mendaptinya kebaikan sebagaiman yang diharapkan, maka pujilah akan Allah, dan barangsiapa mendapat selain yang demikian itu maka celalah dirinya sendiri dan tak usahlah mencela atau menyalahkan orang lain, kerana yang mengerjakan bukanlah siapa melainkan dia sendiri.

Rumusan:

1. Orang yang mendapat kebaikan dirinya dalam dunia ini adalah dikehendaki supaya ia memuji Allah atas balasan yang diterimnya di dunia. Di samping itu dikehendaki pula ia mencela dirinya sendiri kerana dosa yang telah dikerjakannya dan bersegera meohonan keampunan dengan bertaubat.

2.Orang yeng mendapat kebaikan di akhirat kelak adalah memuji Allah. Sebaliknya orang yang mendapai kejahatan, maka ia tidak mencela kecuali dirinya sendiri, sedang celaan atau penyesalannya tidaklah berguna lagi.

3. Kalau balasan itu di akhiratmaka itu sudahlah wajar dan terrang. Tetapi ada kemungkinan pula balasan tertsebut dilakukan didunia ini. Menurut firman Allah,

"Barangsiapa berbuat kebaikan dari lelaki atau perempuan pada hal ia beriman, maka kami hudupkan dia dengan peghidupan yang baik"

..... (surah An Nahl: 97)

Kepada orang yang berbuat jahat. Allah Berfirman, "Dan sesungguhnya kami akan rasakan kepada mereka dari azab yang dekat sebelum azab yang besra semoga mereka kembali".

....( Surah Al Sajajadah: 21)

Mengenai pujian ahli syurga yang memuji Allah atas apa yang mereka dapati balasan baik, Firman Allah swt:

"Dan mereka berkata: Sesungguhnya segala puji bagi Allah yang telah tunaikan kepada kami perjanjiannnya, dan yang telah wariskan kepada kami bumiini. Kami dapat mengambil tempat dari syurga di mana saja kami kehendaki. Maka alangkah baiknya ganjaran bagi orang-orang yang beramal baik".

.... (Surah Al Zummir:74)

Wednesday, March 25, 2009

Derhaka kepada ibubapa

Derhaka kepada kedua ibubapa.

Firman Allah swt, ''Dan janganlah kamu berkata kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu mengherdek kedua-duanya dan berkatalah kepada kedua-duanya dengan perkatan yang mulia"
......Al Isra': 23.


Antara kelakuan/sikap derhaka terhadap ibubapa;


1. Menyakiti hati dalam perkara-perkara kebaikan, baik dengan perbuatan atau pun ucapan.

2. Bercakap kasar atau bersikap kasar walaupun dalam perkara-perkara yang mungkar.

3. Memandang hina , menghinanya dengan ucapan atau berbbuatam atau isyarat.

4. Mencacai atau mencela.

5. Menganggap dirinya lebih mulia/sombong.

6. Mengingkari kehendak ibubapa.

Semua dosa akan dibalas Allah di akhirat nanti, tetapi dosa menderhaka ibubapa di balas di dunia ini lagi selain siksaan di akhirat.

Sabda Nabi saw,

"Semua dosa akan di ta'akhirkan siksaannya mengikut kehendak Allah, ke hari Kiamat, melainkan dosa derhaka kepada ibubapa , kerana sesungguhnya Allah akan menyegerakannya ke atas yang berhak dalamn kehidupan dunia , sebelum mati lagi"

.......(HR: Al-Hakim dan Al-Ashbahani (dhaif)

Dari Abdullah bin Zmru ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: Termasuk doasa yang paling besar adalah kalau orang mengutuk kedua orang tuanya,>Ada yang bertanya, Ya Rasulullah, bagaimana orang mengutuk ibubapanya?. Beliau menjawab: Kalau seseorang mencaci bapa oranglain, lalau orang lain itu membalas mencaci bapanya dan mencaci ibunya..

Apa pula erti berbuat baik kepada ibubapa?

1. Menunaikan janji mereka yang belum ditunaikan sebelum matinya.

2.Memuliakan kawan-kawan kedua-duannya dan menghubungkan silaturrahim dengan orang-orang yang berhubung rapat dengan kedua-keduanya.

3. Berddoa dan beristrighfar untuk keduanya.

Firman Allah, "Katakanlah, Ya Tuhanku, rahmatilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mendidikku di waktu aku kecil"

...........Al Isra':24

Amal di dunia akan menerima balasan di akhirat

Rabu 25 Mac 2009

Segala Amal dihitung dan disempurnakan.

Semasa hidup di dunia ini kita dituntut melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia sebagaimana yang dipertintah kan oleh Allah swt melaluiu Rasulnya sesuai dengan syariatnya sama ada hubungan dengan Allah atau sesama manusia.

Segala amal manusia di dunia akan dihitung atau dihisabkan Allh swt satu persatunya sama ada yang baik atau yang jahat. Kemudian Allah akan menyempurnakan balasannya kepada mereka, dan mereka akan menerima dan merasanya.

Oleh itu barangsiapa mendaptinya kebaikan sebagaiman yang diharapkan, maka pujilah akan Allah, dan barangsiapa mendapat selain yang demikian itu maka celalah dirinya sendiri dan tak usahlah mencela atau menyalahkan orang lain, kerana yang mengerjakan bukanlah siapa melainkan dia sendiri.

Rumusan:

1. Orang yang mendapat kebaikan dirinya dalam dunia ini adalah dikehendaki supaya ia memuji Allah atas balasan yang diterimnya di dunia. Di samping itu dikehendaki pula ia mencela dirinya sendiri kerana dosa yang telah dikerjakannya dan bersegera meohonan keampunan dengan bertaubat.

2.Orang yeng mendapat kebaikan di akhirat kelak adalah memuji Allah. Sebaliknya orang yang mendapai kejahatan, maka ia tidak mencela kecuali dirinya sendiri, sedang celaan atau penyesalannya tidaklah berguna lagi.

3. Kalau balasan itu di akhiratmaka itu sudahlah wajar dan terrang. Tetapi ada kemungkinan pula balasan tertsebut dilakukan didunia ini. Menurut firman Allah,

"Barangsiapa berbuat kebaikan dari lelaki atau perempuan pada hal ia beriman, maka kami hudupkan dia dengan peghidupan yang baik"

..... (surah An Nahl: 97)

Kepada orang yang berbuat jahat. Allah Berfirman, "Dan sesungguhnya kami akan rasakan kepada mereka dari azab yang dekat sebelum azab yang besra semoga mereka kembali".

....( Surah Al Sajajadah: 21)

Mengenai pujian ahli syurga yang memuji Allah atas apa yang mereka dapati balasan baik, Firman Allah swt:

"Dan mereka berkata: Sesungguhnya segala puji bagi Allah yang telah tunaikan kepada kami perjanjiannnya, dan yang telah wariskan kepada kami bumiini. Kami dapat mengambil tempat dari syurga di mana saja kami kehendaki. Maka alangkah baiknya ganjaran bagi orang-orang yang beramal baik".

.... (Surah Al Zummir:74)

Tuesday, March 24, 2009

Peristiwa akhir zaman-ekonomi meningkat......

Isnin 24 Mac 2009

Maksud hadis: " Daripada Abdullah bin Masud ra berkata, Rasulullah saw telah bersabda, : Sesungguhnya apabila qiamat sudah hampir tiba, 1. Orang hanya memberi salam kepada orang ynag dikenali sahaja, 2. Perniagaan akan bertambah maju, sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, 3. banyak orang memutuskan silaturrahim (hubungan kekeluargaan) 4. Banyak saksi palsu 5. Orang suka menyembunyikan penyaksian yang benar 6. Dan akan banyak kemudahan alat tulis.". Riwayat Ahmad Fil Masnad.

Wednesday, March 18, 2009

Anak sebagai pelaburan dunia dan akhirat

Rabu, 18 Mac 2009.

Keistimewaan anak dalam kehidupan ibubapa.

Keistimewaan anak dalam kehidupan ibubapa.Anaka mempunyai hubungan ynag sanagat rapat dengan kedua ibupabanya.

1. INGIN MEMILIKI NAK SEBAGAI SUNNAH. aNAKK ANAK ADALAH SEBAGAI PERHIASAN KEHIDUPAN DI DUNIA DANPENGHIBUR HATI BAGI KEDUA IBUBAPA.

Sebagaimana firman Allah; Ayat Al-Kahfi: 46: "Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia...

Di akhirat kelak anak-anak itu merupakan penghibur bagi ibu bapa di syurga.
Rasulullah saw bersabda. "Anak itu merupakan penyemarak di dalam syurga"- HR: Imam Hakim dan Imam Tirmizi.

Siti Aisyah ra telah mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda."Nikah itu adalah sunnahku . Barangsiapa yang tidak mau mengamalkansunnahku, ia bukalah termasuk golonganku. maka kahwinlah termasuk golonganku. Maka kahwinlah kamu, kerana sesungguhnya aku mersa bangga dengan banyaknya bilangan kamu di hadapan umat-umat lainnya di hari kiamat."


2.ANAK SEBAGAI PENYELAMAT IBUBAPA DARI NERAKA.

Sabda Rasulullah....saw
a) "Tidak ada seorang pun dari kamunyang kematiaj tiga oranag anaknya, melainkanmanak-anaknya itu akan menjadi hijab/perisai baginya dari neraka.Kemudian seorang wanita drai mereka bertanya: Kalau dua orang anak bagaimana? Rasulullah menjawab: sekalipun hanya dua orang anak"
(HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim)

b) "Tidak akan disentuh oleh apai neraka seseorang Muslim yangkematian tiga orang anaknya yang masih belum mencapai umuyr baligh, kecuali hanya selama kepastian ynag telah ditentukan".
( HR: Imam Bukhari dan Imam Muslim dari sahabat Ab u Hurairah ra.)

3.MANFAAT ANAK SOLEH.

Anak soleh semasa hidupnya sesudah ibu dan bapanay meninggal dunia, maka anak itu dapat memberikan manfaat terhadap mereka melalui doa yang dipanjatkannya.Dan jika anak soleh itu meninggal dunia terlebih dahulu darpada ibubapanya, maka anak itu dapat memberikan manfaat terhadap ibubapanya kelak di akhirat.


4. ANAK PENYEBAB IBUBAPA MASUK SYURGA.

DIDIKLAH ANAK-ANAK SUPAYA MENJADI SOLEH/SOLEHAH.

1. Firman Allah swt, "Hai orang-orang yang beriman, peliharalayh dirimumdan keluarg mu dari apai neraka yang bahan bakarn6ya adalah manusia dan batu" (At-taubah: 6)

2. Sabda Nabi saw, "Perintah lah anak-anak kamu melakukan solat sewaku mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana meninggalkannya sewaktu berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka"( HR Abu Daud bersumbar dari AMr Ibnu Syu'aib)

3. Rasulullah bersabda, "Ajarilah anak-anak kecil kamu kalimah Laa Ilaaha Illallah (tidak ada tuhan selain Allah) sewaktu ia ulai berbicara dan tuntunlah mereka untuk membaca La Ilaha Illallah sewaktu menghadapi kematian"
(HR Imam Hakim bersumberkan dari Ibnu Abas)

4. Sabdanya lagi, "Hendaklah ibubapa membaguskan namanya dan mendidikan dengan baik"

5. Sabdanya lagi, "Bertaqwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anak mu"

PADA DASARNYA KEROSAKAN YANAG ADA PADA DIRI ANAK-ANAK ITU , BERPUNCA DARI KECUAIAN IBUBAPA MENDIDIK ANAK-ANAK ITU TENTANAG KEWAJIBAN AGAMA DAN SUNNAH NABI. jIKA SEMASA KECIL DI PERESIA-SIAKAN, APABILA BESAR JUGA TIDAK BERMANAFAAT BAGI IBUBAPA MRERKA , BAHKAN JUGA TIDAK MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRI MEREKA SENDIRI.

Tuesday, March 17, 2009

10 perkara asas membatalkan islam

Selasa 17 Mac 2009
10 Perkara asas yang membatalkan islam dalam risalah bertajuk (Nawaqidul-Islam)oleh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahab.

1. Mempersekutukan Allah dalam ibadat.

2. Menjadikan antara Allah dan hambaNYa orang perantaraan

3. Tidak mengkafirkan orang musyrik atau meragukan kekufuran mereka atau mazhab
mereka.

4. Meyakini ada hidayah lain yang lebih baik dari hidayah Nabi Muhammad saw

5. Membenci sesuatu ajaran yang dibawa oleh Nani Muhammad saw.



6. Mempersenda-sebdakan sesuatu ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

7. Sihir: Orang yang mengerjakan dan melakukannya adalah kafir.

8. Menolong dan membantu orang-orang musyrik ke atas orang-orang Islam.

9. Meyakini bahawa setengah setengah orang boleh keluar dari syariat Muhammad saw
sebagaimana Khaidhir keluar dari syariat Nabi MUsa a.s.

10. Menyeleweng dari agama Allah, tidak dipelajarinya dan tidak pula diamalkannya.

(Hari ini Selasa 17 Mac 2009,jam 6.00 pagi di PPUM Petaling Jaya, kembalinya Allahyarham Brigadier(B) General Rosli bin Mohd Yusof adik kepada rakan rapat saya Kamal Nor Mohd Yusof) ke rahmatullah. Sempat saya solat jenazah di Masjid Kementah, Jalan Semarak dan menghntarnya ke Kubur Taman KOSAS Taman Ampang.. selesai jama 12 pm.). Semoga rohnya dirahmati Allah swt. Amin.

Monday, March 16, 2009

Keutamaan Salawat Nabi saw

Isnin 16 Mac 2009

Allah Taal berfirman,

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mengucapkan salawat kepada Nabi . Hai seklain orang-orang yang beriman, ucapkan lah salawat padanya serta salam yangsennenar-benarnya" Surah Ahzab: 56

Rasulullah saw bersabda,
"Barangsiapa yang mengucapkan salawat padaku, maka dicatatlah untuknya 10 kali kebaikan", Ditanyakan lah kepada baginda saw itu, "Bagaimankah caranya mengucapkan salawat pada Tuan itu?" Belaiau menjawab, "Ucapkanlah, Allahumma salli............sampai Innaka hamidun majid".

Sunday, March 15, 2009

Tata kesopanan Tidur

Ahad, 15 Mac 2009

Adab kesopanan tidur.


1. Bersuci dan berwudhu

2. Berniat untuk bangun malam - spt qiam mulail

3. Membuat wasiat kepada keluarga

4. Melakukan taubat dari dosa-dosa dan tidak bercadang melakukan sebarang maksiat bila bangun nanti.

5. Menggunkan tempat/alas tidur yang sederhan

6. Mula tidur bila rasa boleh tidur dengan tidak memaksa diri tidur.

7. Tidur mengadap arah Qiblat.

8. Berwirid dan berdoa seperti;

a) Membaca surah Ikhlas, Falaq, dan Nas. kemudian bacaan itu ditiup dikedua tangannya lalu diusapkan ke muka dan seluruh badan.

b) Baca ayat kursi

c) Bertasbih, bertahmid, dan bertakbir masing-masing 33 kali.

9. Ingatkan tidur itu semacam kematian dan bangun nanti seolah bangun dari mati/kubur.

10. Berdoa bila bangun dari tidur,

"Segenap puji bagi Allah ynag telah menghidupkan kami dan telah mematikan kami dan kepadaNya lah kami akan dikembalikan"

Diikuti dengan membaca ayat surah Imran ayat 10-20.

Saturday, March 14, 2009

Nabi Muhammad saw wafat

Sabtu 14 Mac 2009



Wafatnya Nabi Muhammad.

Akhir bulan zulkaedah tahun ke 10 H, Rasulullah bersama-sama 90,000 orang Islam berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.Sebelum ini baginda telah menyeru seluruh orang Islam supaya mereka semua ikut serta untuk mempelajari dari rasulullah sendiri cara-cara mengerjakan haji selengkapnya.

Pada waktu haji ini Rasulullah telah membuat pidatunya yang terakhir di padang Arafah menerangkan hukum-hukum dan dasar-dasar Islam, Diantara pidatunya:

- Wahai seklian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap terhormat sampai kamu datang mengadap tuhan kamu. Bahawa kamu menanti akan datang mengadap tuhan kamu, kamu akan ditanya tentang amalan kamu..

- Wahai sekalian manusia, orang perempuan mempunyai hak atas kamu seperti kamu mempunyai hak atasnya. Seseorang Islam adalah saudara bagi lain-lain orang Islam. Semua mereka bersaudara..

- Wahai sekalian manusia, aku telah meninggalkan kapada kamu suatu pesaka dan kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu masih berpegang dengan pesaka itu, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunah Rasulnya…

Setelah berada di Mekah selama 10 hari maka rasulullah pulang ke Madinah. Ribuan kaum muslim yang turut bersama menunaikann haji pulang ke tempat masing-masing.

Kira-kira 3 bulan kemudian iaitu penghujung bulan safar tahun yang ke 11 H, baginda mulai demam selsema. Baginda mengumpulkan isteri-isterinya dan meminta supaya dirawat di rumah isteri baginda saidanatul Aisyah.

Pada mulanya baginda keluar ke masjid seperti biasa menjadi Imam solat, memberi ucapan dari atas mimbar menerangkan hukum islam dan berpesan supaya kaum muhajirin dan kaum ansar bermuafakat dan bertolong menolong lalu menyuruh Saidina Abu Bakar menjadi imam solat menggantinya. Lantikan saidina Abu Bakar menjadi pengganti Rasululllah itu dalam ssolat itulah yang menjadi salah satu sebab mengapa orang ramai memilihnya menjadi khalifah Islam yang pertama setelah baginda wafat.,.

Putra dan putri Rasululllah ada 7 beradik tetapi hanya seorang sahaja yang masih hidup pada masa itu, iaitu saiditina Fatimah Azzahra. Fatimah tidak tahan hatinya melihat baginda gering lalu menangis sambil berkata, “ Aduhai! beratnya penderitaan ayahanda,"

Baginda menyabarkan putri yang dikasihinya itu dengan bersabda, maksudnya,” Tidak ada penederitaan yang akan ditanggung oleh ayah engkau, wahai Fatimah kemudian daripada hari ini”.

Selang beberapa hari daripada mula geringnya itu maka pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 11 H, bersamaan 8 Jun Tahun 632 M wafatlah Junjungan kita Nabi Muhammad saw, dengan hati ynag tenang dan tenteram, kerana baginda telah menunaikan segala kewajipan yang dipertanggunjawbkan kepadanya, Berpindahlah baginda dari alam yang fana ini ke alam akhirat yang kekal abadi, lalu dimaqamkan di tempat yang ada sekarang ini di Madinah Al Munawarah.

Friday, March 13, 2009

Solat Jumaat

Jumaat 13 Mac 2009.

Solat jumaat ialah solat yang difardhukan pada hari jumaat dalam waktu zohor, sebanyak 2 rakaat berjemaah dengan didahului oleh dua khutbah. Hukumnya fardhu ain. Setiap orang lelaki Islam yang mempunyai syarat-syarat solat jumaat wajib menunaikannya sebagai mengganti solat zohor.

Syarat-syarat wajib jumaat:

1. Islam - Tidak wajib bagi oirang kafir
2. Baligh - Tidak wajib jumaat bagi kanak-kanak kecil yangbelum baligh, tetapi jika ia solat, maka solat itu sah.

3.Berakag - Tidak wajib junmaat bagi orang gila, mabuk, pingsan dan sebagainya.

4.Lelalik - Tidak wajib bagi perempuan.Tapi jika ia pergi solat jumaat, maka solatnya sah dan tidak wajib solat zohor lagi.

5. Tidak uzur - Tidak wajib jumaat bagi orang sakit atau pun orang menghadapi sesuatu halangan, seperti takut kepada orang jahat dipertengah jalan dan sebagainya.

6.Bermukim - Tidak wajib jumaat bagi orang musafir jika perjalanannya itu dumulai sebelum terbit fajar. Tapi jika ia solat juga maka solatnya sah dan tidak wajib solat zohor lagi. Tapi jika perjalananya itu mulai sesudah terbit fajar, maka wajib ia solat jumaat pada hari itu.

7. Merdeheka - Tidak wajib jumaat bagi hamba, tapi jika dikerjakannya maka solatnya sah dan tidak wajib solat zohor lagi.

Syarat-syarat sah jumaat:

1. Hendaklah diadakan solat jumaat di kawasan yang didiamai oleh orang yang bermastautin, sama da di kampunag atau di bandar.

2. Hendaklah diadakan solat itu secara berjemaah. Tidak sah solat berseorangan.

3. Sekurang-kurang bilangannya 40 orang

4. Dikerjakan pada waktu zohor.

5. Hendaklajhj didahjukukna dengan 2 khutbak.

6. Jangan diadakan 2 kumpulan solat jumaat atau pun lebih dalam satu temnpat kediaman, samada kampung atau bandar dengan tidak bersebab. Sekiranya ada sebab-sebab yanag manasabah, seperti penduduk itu terlalu ramai dan tempat solatnya sempit, maka solat jemaat itu sah.

Monday, March 9, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430

Isnin, 9 Mac 2009.

Hari ini Isnin/ 9 Mac 2009/12 Rabiul awal 1430 kita merayakan hari keputeraan Nabi Muhammad saw. Sambutan Maulidur Rasul, ialah mengingati serta mengenang jasa Rasulullah SAW membawa risalah Islam untuk umat seluruhnya.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia."

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidaklah aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat untuk sekalian alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)


Sambutan Maulidur Rasul mengingatkan kita untuk mentaati perintah Allah dan Rasulnyadengan amalan yang disyariatkan Allah swt seperti yang ajarkan kepada sahabat dan melalui sunah Rasulullah SAW sepanjang hayat Baginda SAW .



Semasa hayatnya baginda pernah mengucapkan dengan mengulang-ulang perkataan "Ummati, ummati..." iautyu umatku, umatku..., kerana mengenangkan nasib pengikuytnya di akhirat nanti.

Oleh itu tiba masanya sebagai umat Nabi Muhammad SAW/ seorang muslim kita membuktikan bahawa kita menghayati segalamn perintah dan ajaran Baginda SAW dengan menterjemahkan dalam kehidupan supaya umat Islam mencapai kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat.

Rasulul Allah pernah memberi nasihat kepda seorang lelaki yang bermaksud,
( Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: iaitu

1. peluang masa engkau muda sebelaum tua
2. masa engkau sihat sebelum sakit
3. masa engkau kaya sebelum papa
4. masa engkau lapang sebelum sibuk dengan kerja.
5. masa engkau masih hidup sebelum mati.)

Keterangan:

Wajib atas setiap mukmin meningsafi benar-benar akan nilai hidup di dunia ini sebelum hidupnya didatangi suatu yang mengganguinya atau membinasakannya, seperti kesusahan, kesakitan, kesibukan, kekacauan dan kematian. Kerana kedatangan yang tersebut itu sebelum amal atau pekarjaan dapat disempurnakan adalah membawa kekeciwaan dan penyesalan yang tidak berguna, kerana masa telah luput, badan pun telah lemah atau binasa.

Badan seseorang itu merupakan alat hidup untuk bekerja dan beramal. Imam Ghazali berkata, (Sungguhnya badan anak adam adalah diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik, apabila ia berjaya dalam tugasnya ini kemudian mati, maka sudahlah mencukupi; tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yang telah dipisahkan oleh mati.)

Berita Semasa:

KUALA LUMPUR 9 Mac - Majlis sambutan Maulidur Rasul diperingati di seluruh negara hari ini dengan acara Peringkat Kebangsaan berlangsung di Dataran Merdeka di sini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambutan bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan institut latihan dan wakil masjid membabitkan kira-kira 100,000 peserta.

Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima.

Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 yang buat julung kalinya diperkenalkan pada sambutan kali ini ialah Profesor Dr. Sidek Baba dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membawa pulang RM50,000 dan plak.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman; dan Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn. Bhd., Mortadha Abdullah.

Selain itu Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi Mohd; pelajar, Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak istimewa kurang upaya dari pinggang ke bawah, Muhammad Haziq Samrat.

Masing-masing menerima wang tunai RM22,000 dan plak.

Petikan dari: Utusan Malysia 10 Mac 2009