Tuesday, September 30, 2008

30 Ramadhan 1429 H

Selasa, 30 September 2008/30 Ramadhan 1429



Hari ini akhir puasa ramadhan. Esok 1 September 2008/1 syawal 1429 (Rabuumat Islam akan merayakan hari raya idilfitri.

Saya ucapkan Selamat Hari Raya idilfitri kepada semua pembaca semoga ibadat sepanjang bulan ramadhan telah dapat melaksanakn ibadat dengan sebaik-baiknya dan didoakan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt. Begitu juga ibadat yang dilakukan telah meningkatkan ketaqwaan terhadap Allah swt.

Sebagai menandakan kesyukuran umat Islam akn bertakbir sebaik shaja selepasa solat maghrib hinggalah sebelem sunat hari raya dimulakan biasanya solat sunat hari raya dimulakan jam 8-9 pagi.

Selepas ramadhan tidak ada lagi puasa yang diwajibkan. Walaubagaimanpun terdapat puasa-puasa sunat yang boleh kita lakukan untuk mendapat keredhaan Allah swt.Antara puasa sunat ialah seperti puasa sunat syawal 6 hari atau dikenali puasa enam, puasa hari Isnin dan Khamis dll.

Bagi puasa sunat syawal yang jumlah enam hari tersebut sangat besar faedah/pahalanya sebagaiman yangdisabdakan Nabi saw.

" Barangsiapa berpuasa Ramadhan, lalu diikuti dengan puas enam hari bulan syawal, maka seolah-olah ia berpuasa setahun penuh"

- DiriwaYAtkan oleh Imam Muslim dll dari sahabat Abu Ayyub Al-Ansari r.a.

Maksudnya seperti puasa setahun ilah kerana ganjaran diberikan 10 kali ganda bagi sesuatu kebaikan yang dilakukan.Pahala 30 hari ramadhan itu adalah sama sengan 10 bulan (300 hari), dan paha yang 6 hari syawal itu adalah sama dengan 2 bulan (6x10=60 hari). Jadi 10 bulan dan 2 bulan adalah sama 12 bulan/ 1 tahun.

Kewajipan yang utama semepena Ramadhan ialah membayar zakat fitrah. Bayaran ini boleh diberi atau dekeluarkan sepanjang bulan puasa dan tidak lewat dari didirikan solat hari raya idilfitri.

Sebelum solat, pada hari raya kita disunatkan mandi sunat hari raya. Pada hari raya semua muslim muslimat dan juga kanak-kanak beramai-ramai menunaikan solat hari raya idilfitri, dengan memakai pakaian ynag bersih lagi indah
Pada malam raya juga disunatkan juga solat malam, membanyakkn bertakbir bersendirian atau berjemaah membesarkan kegungan Allah swt

Jangan lupa disunatkan supaya makan/minum dulu sebelum pergi untuk mengerjakan solat sunat idilfitri.

Dan juga diusunatkan berjalan ke masjid mengikut satu jan dan pulang dengan melalui jalan yang lain .

Sunday, September 28, 2008

Menjelang Hari Raya 'Idilfitri

Hari ini masuk hari yang ke 28 ramadhan iaitu hari yang ke 28 umat Islam berpuasa bagi tahun 1429H. Ini bermakna kita akan berpuasa 2 hari lagi atau jiuka nampak anak bulan esok (Isnin petang) kita akan berhariraya padahari Raya pada hari selasa. Jika tidak kita akan berhari raya pada hari Rabu iaitu genap 20 hari berpuasa tahun ini. Pada setiap menjelang syawal umat Islam merasa gembira kerana telah dapat beribadah sebulan dalam bulan puasa dengan meningkatkan amalan ke arah mencapai ketaqwaan sebagaimana yang dikhendaki Allah swt. Dengan nikimat yang diberikan sepanjang bulan ramadhan baik dari segi kesihatan, rezeki dan lain ynagtidak terhitung banyaknya, kita seharusnya bersyukur ke hardrat Allah di atas kurnia dan segalan petunjuk yang diberiNya kepada kita.


Firman Allah swt yang bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman kepada perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab yang diturunkan terdahulu daripada mu serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya."

(Surah A-Baqarah: (Ayat 3-5)

Sebagai tanda syukur kita terhadap Allah swt yang menjadikan kita orang yang lebih bertakwa melalui amalan ibadat puasa Ramadan, maka sudah sewajarnya kita memanfaatkan ketakwaan itu untuk mengikhlaskan hidup dan mati kita untuk-Nya. Kita kembalikan rasa syukur kita ini kepada Allah dan jangan kita mencemarinya dengan perbuatan bercanggah dengan sifat syukur kepada-Nya.


Orang yang bersyukur di atas nikmat ketakwaan yang diberikan kepada kita oleh Allah maka ketakwaan kita akan bertambah sebagaimana firmanNya dalam ayat yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada

(Surah Ibrahim: 7)

Oleh itu, sebagai wujud kesyukuran kita kepada Allah pada Aidilfitri ini dan pada hari berikutnya sampai Ramadan kembali lagi, kita mestilah menjauhi perkara yang membatalkan ketakwaan kita seperti membazirkan harta dan masa, menolak permohonan maaf dan tidak mengendahkan ajaran Islam. Sebaliknya kita mesti membebaskan diri daripada dibelenggu tipu daya syaitan yang terkutuk.



Idul Fitri ialah hari merayakan kejayaan bagi orang-orang yang melaksanakan puasa, melakukan solat tarawih dan ibadah-ibadah lain. Kita meraikan kemenangan melawan dan mendidik nafsu. Justeru, marilah sama-sama kita hiasi Syawal ini dengan amalan berteraskan sunnah dan syiar Islam agar kita terus beroleh ganjaran pahala dan keampunan.

‘Idul Fitri merupakan perayaan yang disyariatkan oleh Islam. Ia semakin bermakna apabila kita merayakannya mengikut lunas-lunas Islam. Oleh itu, marilah kita rayakannya mengikut tatarcara dan adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Antara amalan-amalan yang dituntut dalam menyambut ‘Idul Fitri ialah :

1. Membaya zakat fitrah bagi diri sendiri dan tanggungan. Allah Taala berfirman dalam surah At-Taubah ayat 103 yang bermaksud : “Ambillah zakat dari kekayaan mereka untuk membersihkan dan mensucikan mereka dengannya dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doamu mendatangkan ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”


2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya. Ingatlah empat
malam istimewa seorang hamba beribadah kepada Allah. Allah akan melipatgandakan ganjaran pahalanya, apabila memohon taubat diampunkan dosanya dan apabila berdoa dimakbulkan doanya iaitu malam Nifsu Syaaban, malam pertama ‘Idul Fitri, malam pertama ‘Idul Adha dan malam Arafah.

3. Memperbanyakkan bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah. Lazimilah mulut kita dengan kalimah Takbir ‘Idul Fitri.

4. Menghiaskan diri dan tempat agar kelihatan bersih dan indah.

5. Mandi sunat Idul Fitri pada pagi hari raya dengan niat : “Sahaja Aku Mandii Sunat Idul Fitri Kerana Allah Taala”

6. Memakai pakaian yang baru/bersih sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Taala

7. Mengelakkan pembaziran ketika menyambut hari raya dengan persiapan yang sederhana.

8. Memakai wangi-wangian pada pagi hari raya.

9. Menjamah makanan sebelum menuju ke surau atau masjid.

10. Memohon keampunan dan bermaafan-maafan dengan ibubapa, suami isteri, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya.

11. Disunatkan pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berlainan dan lebih afdal berjalan kaki jika ia tidak terlalu jauh. Rasulullah SAW bersabda yang beremaksud : “ Dari Abi Hurairah, berkata ia, adalah Nabi SAW keluar pada hari raya dan kembali dengan jalan yang lain dari jalan ia keluar daripadanya”

12. Menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan

13. Ziarah menziarahi kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Hubungkanlah silaturahim ke atas mereka yang telah memutuskan hubungan dengan kamu dan berbuat baiklah ke atas sesiapa yang berbuat kejahatan terhadap kamu”

14. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu menyebabkan dipanjangkan umur, mengelak mati dalam kehinaan, menghilangkan perasaan takabbur dan bangga diri (Riwayat Tabrani)

15. Mengelak sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah oleh syarak seperti pesta hiburan melampau, pergaulan bebas tanpa batas seperti menonton wayang, menganggu ketenteraman awam dengan merempit dan lain-lain lagi.

Sesunguhnya hari raya adalah hari kegembiraan umat Islam. Janganlah hendaknya kita melakukan perkara yang bertentangahan denagan amalan Islam rosakkan tarbiah Ramadhan selama sebulan dengan perkara-perkara maksiat.

Qurban di bulan Zulhijjah

Ahad 28 2008/ 28 Ramadhan 1429.

Selepas bulan syawal kita menyambut bulanZulkaedah dan berikutnya bulan Zulhijjah. Pad bula Zulhijjah umat Islam menegerjakan ibadat Haji di Mekah. Bagi kita ynag ada di tanah air pula melakukan ibadat Qurban khususnya pada hari-hari ke 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Menyembelih Qurban adalah suatu Sunnnah Nabi yang digalakkan kepada umat Islam yang berkemampuan melakukannya sebagaimana maksud hadis,

" TAK ADA SESUATU AMALAN ANAK ADAM DI HARI NAHAR (hari menyembelih Qurban) YANG LEBIH DISUKAI ALLAH, SELAIN DARI MENYEMBELIH QURBAN. QURBAN ITU, DI HARI KIAMAT AKAN DATANG SEBAGAI DI HARI PENYEMBELIHANNYA, YAKNI: DENGAN CUKUP SEGALA TUBUH ANGGOTANYA, CUKUP BUKUNYA, TANDUKNYA DAN KUKU-KUKUNYA. DARAH QURBAN ITU SEBELUM JATUH KE ATAS BUMI, LEBIH DAHULU JATUH DI SUATU TEMPAT YANG DISEDIAKAN ALLAH. KERANA ITU, BERSENANGLAH DIRIMU DENGAN BERKORBAN"

-(Riwayat ar Tirmizi dan Ibnu Majah)

Saturday, September 27, 2008

Kelebihan lailatul Qadr

Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam di mana Allah memberikan ganjaran pahala lebih baik daripada seribu bulan. Bagi mendapatkan malam lalaitul qadr tersebut seseorang itu mestilah bersedia bukan sekadar mengaharpkan malam tertentu dalam bulan ramadhan tersebut sahaja, malahan perlulah besedia setiap masa sejak awal lagi untuk memperhambakan diri terhadap Allah swt semoga Allah swt memberikan kemudahan untuk mendapatkannya. Malam lalatul qadr tersebut tidak di ketahui bila malamnya, kerana kalau diketahui umum seseorang itu hanya beribadat pada malam yang ditetapakan itu sahaja, tetapi yang lebih penting seorang mukmin itu dikehendaki sentiasa taat, beramal malksanakan ibadat dan kebajikan terhadap Allah swt sehingga kemuncaknya amalannya dianugerahkan Allah dengan lailatul qadar yang dimaksudkan.

Apa kata penulis berikut mengenai lalatul qadr?

Apakah itu lailatul qadar?

Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Syaaban merupakan malam di mana Allah menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya.

Mereka berhujah dengan firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku. (al-Dukhan: 3-4.

Menurut tafsiran 'Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Syaaban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Malam yang diberkati itu adalah malam lailatul qadar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Qadr yang penulis paparkan sebelum ini.

Baca artikel penuh Utusan Malaysia

Monday, September 22, 2008

Nuzul Al Quran

22 September 2008/ramadhan 1429

Pada setiap tahun menjelang 17 Ramadhan, umat islam menyambut dengan memperingati Nuzul Al Quran dengan mengadakan majlis ceramah, foram serta betrpincangan mengenai Al Quran dari segi sejarah penurunan, kandungan serta pengajaran yang boleh didapati dari padanya sebagai sumber utama panduan agama Islam. Di bawah ini penulis menghuraikan dengan lebih terperinci mengenainya termasulah dari segi sejarah atau peristiwa nUzul AlQuran tersebut, kelebihan isi kandunagn Al Quran serta syufaatnya yang boleh diperolehi jika seorang itu membaca, memahami dan mengamalkan kandungannya.


Nuzul al-Quran dan perang Badar

Oleh Roziah Sidik @ Mat Sidek

Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama.

Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.

Baginda dilaporkan pergi ke gua Hira' bersama-sama isterinya Khadijah. Ketika sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)"

Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali.

Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya.

Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.

Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar? Untuk melihat lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat pandangan-pandangan yang timbul mengenai tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran. Pandangan-pandangan inilah nantinya akan membawa kita kepada hubung kait antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar.

Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin.

Sekalipun terdapat persepakatan dari segi hari berlakunya peristiwa nuzul al-Quran, namun terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.

Beberapa tarikh telah dilaporkan oleh sumber sejarah Islam sebagai tarikh berlakunya nuzul al-Quran seperti 10 Ramadan, 17 Ramadan, 18 Ramadan ataupun 24 Ramadan.

Selain bulan Ramadan, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Rabiulawal atau bulan Rejab. Walau bagaimanapun, pandangan yang paling masyhur menyebut bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Kebanyakan sumber sejarah Islam yang menyebut mengenai perkara ini di dapati melaporkan pandangan Ibn Ishaq.

Mari kita lihat apa pula bukti yang mengukuhkan hujah bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Menurut kebanyakan penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, Ibn Hisham, Ibn Kathir, al-Suhayli dan juga al-Bayhaqi, ayat 185 surah al-Baqarah adalah bukti jelas bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Ini terbukti menerusi apa yang boleh difahami dari ayat tersebut iaitu, "bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu…".

Selain ayat tersebut, terdapat juga ayat lain yang turut digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.

Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.

Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.

Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.

Oleh kerana ayat 41 sebelum ini menjelaskan mengenai nuzul al-Quran berlaku pada hari tersebut, maka tarikhnya pastilah 17 Ramadan. Cuma bezanya, peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.

Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.

Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.

lPenulis ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Sejarah al-Quran:

Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.
Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran:

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta
ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu
merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah
satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu,
selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”
(al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan
kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara
menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan
keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan
mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya




Peringatan:
Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

Hakikatnya, adakah cara ini sudah memadai sebagai peringatan bagi kaum Muslimin agar memperingati salah satu peristiwa besar dalam sejarah Islam serta kewajipan umat Islam kini kembali untuk mempelajari, memahami dan mengkaji isi kandungan al-Quran?

Ini kerana, al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar sebuah kitab tetapi untuk menjadi pedoman hidup atau petunjuk (hidayah) bagi umat manusia, memberi rahmat, syifa', ketenangan, peringatan, penjelasan, sekali gus sebagai mukjizat atas kenabian Muhammad SAW.

Sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk dan perbezaan (antara yang benar dan yang batil)..." (al-Baqarah: 185)

Oleh itu, seharusnya peringatan Nuzul al-Quran menjadi momentum bagi umat Islam untuk menilai kembali sejauh mana mereka memahami dan menghayati kandungan al-Quran. Apatah lagi dalam kita melayari Ramadan mulia ini.

Allah berfirman yang bermaksud: Kitab suci ini diturunkan untuk memberi keputusan (jalan keluar) terbaik bagi masalah-masalah kehidupan manusia (al-Baqarah: 213).

Peristiwa penurunan pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW ketika berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran Baginda sentiasa dijadikan pemangkin semangat kepada pemuda mualaf kelahiran Perkampungan Muramvya, Burundi, Afrika, Hilali Sibomana, 30, dalam usaha beliau menguasai dan menyelidik ilmu al-Quran.

Beliau berkata, surah al-Alaq yang bermula dengan suruhan yang bermaksud: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan"... adalah bukti paling jelas dan sahih tentang kepentingan pencarian ilmu itu. Sayangnya, umat Islam memandang remeh akan penekanan ke atas ayat ini.

"Saya mengenali al-Quran sejak usia kanak-kanak lagi. Ini kerana dilahir dan dibesarkan dalam kelompok mubaligh Kristian, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menguasai bukan sahaja kitab Injil tetapi juga al-Quran.

"Pada peringkat awal, memang pembelajaran saya semata-mata demi mencari kelemahan al-Quran untuk mudah berhujah bila berhadapan dengan umat Islam.

"Tetapi semakin saya mendalami kitab suci ini, semakin saya meyakini dan akhirnya, mengakui kebenaran agama Islam," cerita pemuda ini yang reda bergelar pelarian politik di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) demi mempertahankan akidah Islamnya.

Anak tunggal ini turut kehilangan ibu bapa tercinta hanya kerana pengislaman diri kira-kira lima tahun lalu. Pun begitu, beliau tidak pernah menyalahkan takdir Ilahi ini kerana lebih takutkan pembalasan Allah SWT kelak berbanding ancaman atau ugutan manusia.

Mengakui dirinya agak bertuah kerana tidak menghadapi masalah dalam mempelajari al-Quran hasil didikan awal yang diterima dahulu. Pun begitu, Hilali tidak sekali-kali menganggap pencapaiannya itu sudah dikira baik.

Lantaran itu, dari semasa ke semasa beliau belajar memperbaiki mutu bacaan, tajwid dan kefahaman menerusi cakera padat dan kaset. Malah beliau menjadikan kebiasaan membaca al-Quran kemudian diselikan dengan melihat kepada terjemahan daripada kitab tafsir.

Dalam sesi fotografi yang dilakukan di sebuah masjid di Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini turut disertai dua rakan mualaf kelahiran Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah iaitu Joannes Lukas, 29, dan Muhd. Assamarqandi Lee Abdullah, 28.

Sebagaimana hidayah yang Allah SWT suntikkan dalam jiwa Hilali, begitu jugalah sama yang dialami Joannes dan Assamarqandi iaitu membuat perbandingan di antara al-Quran dengan kitab Injil serta penjelasan tentang konsep ketuhanan di dalam agama Islam.

Kata Muhd. Assamarqandi lagi, pembelajaran al-Quran diikutinya secara sepenuh masa di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Kelantan dari 2005 hingga 2007.

Alhamdulillah, katanya, tiada halangan ketika belajar. Cuma selepas berkahwin dan mendapat cahaya mata, beliau terpaksa memilih sama ada untuk meneruskan pelajaran atau bekerja? Jadi, pada masa itu, beliau memilih untuk berkerja demi mencari nafkah keluarga.

"Malah saya benar-benar bersyukur kerana dengan sentiasa mendekatkan diri kepada al-Quran serta istiqamah dalam pengamalannya, ia telah berjaya menyingkirkan segala kekotoran jiwa yang melekat dalam lubuk hati ini.

"Percaya atau tidak, saya pernah bergelar penagih dadah, perokok dan kaki botol. Alhamdulillah, kesemua tabiat buruk ini berjaya ditinggalkan berkat keyakinan dan bantuan daripada Allah SWT. Malah al-Quran itu menjadi pelindung diri ketika berjalan atau bekerja dan ketenangan jiwa," katanya yang amat bersyukur kerana antara insan terpilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya.

Nasihat beliau kepada generasi muda sekarang yang bakal memerintah bumi ini, bahawa kehidupan di dunia itu tidak kekal, suatu hari nanti semua akan merasai maut. Oleh itu, tanpa ilmu kita akan sesat.

"Belajarlah ilmu al-Quran, anda pasti akan dapat sesuatu yang tidak pernah anda sangkakan. Ini pengalaman saya, pintu rezeki bertambah malah saya telah memenangi beberapa pertandingan tilawah al-Quran. Hakikatnya, dengan ilmu Quran sebagai panduan hidup, pasti akan berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah," katanya yang memeluk Islam pada 15 Jun 2004.

Inisiatif

Sementara itu, Joannes selepas memeluk agama Islam, terus belajar tajwid dan iqra' iaitu dua kali seminggu dengan Imam I di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembelajarannya tidak setakat itu, beliau juga mengambil inisiatif mengulangkaji selepas tamat kelas dan selepas solat.

"Alhamdulillah dalam tempoh tiga bulan, saya sudah menguasai surah-surah lazim dari surah ad-Dhuha ke surah an-Naas. Dari situlah saya boleh membaca al-Quran dengan baik. Kemudian, saya sambung hingga tamat iqra' enam. Kesemua ini lengkap dipelajari dalam tempoh enam bulan sebelum mendapat tunjuk ajar daripada Hj Ma'som. Memperoleh bimbingan daripada beliau secara tidak langsung menjadikan bacaan al-Quran saya bertambah berkualiti," jelasnya.

Menyentuh pembacaan al-Quran, Joannes berkata, beliau tidak pernah bosan kerana memang minat dan menganggap kitab suci itu sebagai teman hidup.

"Sebab itulah, apabila berjaya menguasainya, keseronokan yang dirasai tidak terhingga seolah-olah seperti mendapat ijazah pengajian Quran malah timbul satu azam untuk menghafal al-Quran dalam tempoh setahun," akui Joannes yang bercita-cita untuk memahami, menghayati, mempraktik dan menguasai ilmu perbandingan agama dengan baik. Harapannya lagi, ia secara langsung akan meningkatkan rasa cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.

Berkongsi kesan ke atas beliau, jelas lulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dari UPM ini, al-Quran banyak membentuk keperibadiannya. Malah perasaan panas baran, tidak tenang dan tertekan berjaya dikawal.

"Apabila kita membiasakan diri dengan menghafal ayat-ayat al-Quran. Ia menjadi penenang hati. Selain itu, rasa cinta kepada Allah semakin menebal dan mendalam.

"Oleh itu, kita kenalah banyak berdoa minta dipermudahkan dalam pemahaman ajaran Allah dan agar dilembutkan hati.

"Yang penting sekali, selepas membacanya, kita kena lihat tafsir atau terjemahan dan jika boleh hafal, itu adalah lebih baik. Kemudian, kita imbas kembali, adakah cara hidup kita ini mengikut al-Quran dan sunah atau tidak?," saran Joannes terhadap kepentingan setiap umat Islam tidak kira mualaf atau dilahirkan Muslim untuk menguasai al-Quran.

Sumber: Utusan malaysia 17 September 2008

Roh Nuzul al-Quran ubah, bina peradaban ummah




Kalam Allah beri hidayah, petunjuk manusia tinggalkan hidup jahiliah penuh kesesatan


PERISTIWA Nuzul al-Quran antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.


Peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat. Allah berfirman bermaksud: “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbiya’, ayat 107)


Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata “al-Quran mukjizat akhir zaman” atau “al-Quran yang mempunyai mukjizat”. Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat terbesar dianugerahkan Allah kepada Rasulullah SAW dalam menghadapi cabaran menegakkan syiar Islam. Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang hidup tanpa pedoman, jauh daripada hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat al-Quran.


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.


Penurunan ayat al-Quran secara beransur-ansur mempunyai hikmah, antaranya tidak membebankan pesuruh-Nya dan umat Islam pada zaman awal Islam, malah sesetengah ayat diturunkan bagi menerangkan kedudukan sesuatu kes dalam masyarakat. Contohnya, dalam kes Umar terhadap Rasulullah SAW yang mengingatkan kemungkinan ada antara mereka yang menemui isteri Baginda bersikap tidak jujur. Sejurus kemudian, turun wahyu Allah menjelaskan perkara itu, iaitu firman Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isterimu, anak perempuanmu dan isteri orang Mukminin hendaklah memakai jilbab. Dengan demikian akan mudah dikenali dan tidak diganggu. Allah Maha Pengampun dan Penyayang.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)


Waktu penurunan al-Quran mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi. Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah bermaksud: “Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)


Nabi menerima wahyu dalam pelbagai cara dan keadaan antaranya:


l Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya.


l Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.


l Wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun.


l Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang asli.


Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu ialah:



Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan jika diturunkan sekali gus dengan banyak.



Antara ayat itu ada yang nasikh dan mansukh, sesuai dengan permasalahan waktu itu. Ini tidak dilakukan jika al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan ada nasikh dan mansukh)



Turun ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.



Memudahkan penghafalan. Orang Musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud: “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus? Dijawab dalam ayat itu sendiri: Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu.” (Surah al-Furqan, ayat 32)



Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan seperti dikatakan Ibnu Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana jika al-Quran diturunkan sekali gus.


Al-Quran mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan dalam segenap aspek, bukan saja suruhan dan larangan, malah merangkumi cerita alam ghaib, teladan dan ilmu pengetahuan.


Peristiwa Nuzul al-Quran mengubah dan membina peradaban umat kerana al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.


Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran harus dihayati umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW serta keyakinan Islam itu agama benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah. (Buku Peristiwa Bersejarah Bulan Ramadan)

Sumber:Berita Harian 22 September 2008

Friday, September 19, 2008

khutbah jumaat 19 Sept 2008

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

” AL-QUR’AN MERENTASI ZAMAN ”
( 19 September 2008 / 19 Ramadan 1429H )





Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT d
engan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan sentiasa melakukan ketaatan dan meninggalkan segala maksiat dan kemungkaran yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Semoga dengan amalan yang diredhai Allah S.W.T dapat memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah “AL-QUR’AN MERENTASI ZAMAN”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sempena memperingati Nuzul Al-Qur’an, mimbar hari ini suka menyatakan bahawa peristiwa Nuzul Al-Qur’an yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan tahun ke-41 daripada kelahiran Rasulullah SAW ini telah membawa sinar kepada seluruh manusia yang ketika itu sedang berada dalam kegelapan jahiliah. Bermula dari peristiwa ini, zaman yang penuh dengan kegelapan itu telah berubah wajah dengan cahaya iman dan Islam. Amalan yang sesat dan batil telah bertukar kepada kebenaran dan keadilan. Manusia yang dahulu hidupnya bertuhankan hawa nafsu, kini beralih kepada menyembah Allah SWT Yang Maha Esa. Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul Al-Qur’an telah menjana perubahan dan membina peradaban umat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiak ayat 107:


Maksudnya: " Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Al-Qur’an merupakan mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada umatnya. Sehingga tiada sesiapa pun yang mampu mencipta ayat-ayat Al-Qur’an walaupun sepotong ayat yang setanding dengan kehebatan Al-Qur’an.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 23:

Maksudnya: " Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar."

Al-Qur’an adalah kitab suci yang kekal sifatnya, sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Ia bukan panduan untuk satu-satu bangsa atau masa-masa tertentu sahaja tetapi merupakan pembawa rahmat seluruh alam sehingga hari kiamat. Manakala perbahasan dan pengajaran yang diketengahkan di dalamnya pula membawa banyak manfaat kepada umat manusia. Contohnya hasil kajian sains berkaitan biologi manusia (tubuh badan manusia) telah mengesahkan bahawa setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeza antara satu sama lain. Dan sesungguhnya al-Qur’an telah menyebutkan hal ini lebih awal dari kajian tersebut iaitu sejak 1,429 tahun yang lampau.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Qiamah ayat 3-4:

Maksudnya: Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya?. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

Demikian juga tentang kajian mengenai deria kulit manusia yang baru diketahui mempunyai sel-sel yang banyak serta paling sensitif. Perkara ini telah digambarkan oleh al-Qur’an ketika mana orang-orang berdosa diazab dalam neraka kelak, setiap kali kulit-kulit mereka yang terbakar hangus akan diganti dengan kulit lain untuk mengandakan keazaban yang berkekalan.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sempena dengan memperingati Nuzul al-Quran al-Karim yang merupakan kitab suci dan salah satu rukun iman ini, marilah sama-sama kita menjadikan al-Qur’an sebagai pedoman dan panduan hidup bermula diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya semua hukum dan peraturan-Nya menjadi penyelamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 9:

Maksudnya: “ Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk kejalan yang benar (iaitu ajaran Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar. ”

Disamping itu, menjadi kewajipan kepada ibu bapa merancang program kelas-kelas al-Qur’an kepada anak-anak secara serius dan bersungguh-sungguh. Adalah malang jika anak-anak diabaikan daripada ilmu al-Qur’an, sedangkan pelajaran akademik sanggup disediakan kelas-kelas tuisyen. Sebagai umat Islam yang wajib beriman dan mengamalkan ajaran al-Qur’an perlulah memastikan bahawa masyarakat Islam bebas daripada penyakit buta al-Qur’an. Sesungguhnya masyarakat yang celik al-Qur’an akan dilimpahi hidayah keberkatan dan rahmat Allah SWT.




Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 82:




Maksudnya:" Dan Kami turunkan dari ayat al-Qur’an itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman; dan tidak menambahkan orang yang zalim kecuali kerugian".

Wednesday, September 17, 2008

Nilai diri anda adalah syurga

Rabu 17 Ramadhan 1429/ 17 September 2008... Dah 17 hari berpuasa.


Sesungguhnya dunia dengan segala yang ada di dalamnya termasuk emas danperak, kedudukan, bangunan dan istana, tidaklah layak unytuk ditangisi.

Diriwayatkan oleh At-Tirmizi bahawa Rasulullah saw bersabda, " Dunia ini terkutuk, semua yang ada di dalamnya terkutuk, kecuali berzikir kepada Allah, smua hal yang dicintai Allah, orang yang berilmu dan orang-orang yang mahu belajar".

Dunia dankekayyaan itu sebenarnya tidak lebih dari barang amanah. Demikianlah yang diukatakan oleh Labid.

" Harta dan keluarga hanyalah amanah. Pada suatiu saat banti amanah itu pasti akandikembalikan."

Hasan Al Bashri mengatakan, " Jangan hargai diri anda (ms 359) dengan selain syurga, sebab diri seorang mukmin itu sungguh mahal harganya, meskipun banyak juga orang yang menjualnya dengan harga murah. Orang yang meratap kerana harta mereka hilang, rumah mereka hancur, kenderaaan mereka terbakar, sementara mereka tidak sedih dan tyidak menyesal dengan lemahnya iman mereka, dosa-dosa yang merek perbuat, dan minimimumya ketaatan merela kepada Allah, sungguh kelak akan tahu bahawa dahulu (sewaktu di dunia) mereka benar-benar telah melakukan perbuatan yang sangat bodoh. Di satu sisi mereka telah meratap semua hal yang sebenarnya tidak perlu mereka ratapi, sedang disisi lain mereka tidak meratapi semua hal yang sebenrnya pantas mereka ratapi"

"Sesungguhnya mereka (oorang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan bagaimana kesudahan mereka pada hari yang mat berat (seksaannya)

( Al-Insan: 27)

Sunday, September 14, 2008

Solat Terawih

Sabtu, 13 Septemebr/13 Ramadhan

Latar Belakang


Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.


Dalil
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Bilangan Rakaat

Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan RamadanPada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.


Kelebihan Sembahyang Tarawih

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.